Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday, December 27, 2013

Tips jeJaki New Zealand!

Assalamualaikum ^_____^

Oke kali neh aku nak share tip-tip klu korang berhajat nak ke New Zealand.
Tips berjalan - jalan jer ler yea. <----sebab ada="" p="" request.="" yang="">klu tips untuk sambung study korang boleh refer blog neh
dia ada senaraikan aper yang perlu untuk sambung study dekat sini.
kak pani
Aku punya belog sebab suka jalan-jalan so aku sharekan serba sedikit ler
tips untuk jalan-jalan ke Nz gitew!

first thing first mesti ler perlukan passportkan-- tettt takyah cakap pun org tahu.hikhik
Visa tak perlu untuk jalan-jalan ke Nz. korang boleh masuk as a pass pelancong selama
3 bulan gitew-----
-----------------------
second yang penting dwet!! pastikan tukar siap-siap RM to NzD dekat Malaysia oke.
jangan ler nak tukat dekat sini.
walaupun ada money changers dekat sini, tapi mahal!
lebih baik tukar dekat Malaysia terchenta itew!!--


Nz dollar, sekarang rate Rm to NzD dalam rm 2.6++ baru dapat 1 dollar Nz
------------------------

Third bagi aku yang penting, Flight ler kan? tak kan nak naik tongkang plak kesini yea dops?
so Flight direct ke Nz dari Malaysia adalah MAS.
tambang pepaham ler..--MAS katakan.
seken opsen boleh naik AirAsia, tapi kena Transit Melben kot.
lecah sikit ler kena masuk Ostolia.
tapi klu korang nak jalan-jalan dulu dekat Ostolia boleh ler cuba.
Mana ler tau kot nak pegi borong corelle dekat Oz.
third option naik JET Star dari singapore. direct to Auckland dari Singapore.
 Murah pun murah, cepat pun cepat
maklum ler JET katakan? muahahahaha.. ok aku tipu 10 jam jugak. =B
Dekat Singapore jugak ada Singapore Airline, pun direct ke Auckland.
itu jer Flight yang aku tau ler.. ada lagi flight yang lain ke Auckland. Macam Emirates
yang lain tuh korang boleh search sendiri yea^^-

JET STAR selaju JET.........
------------------

Lagi yang perlu--- Makanan??
jika korang plan nak ker South Island Nz, boleh ler bawak
tapi klu setakat jalan-jalan North Island Nz, tak yah bawak,. dekat sini Auckland
bersepah kedai Asian Food. setakat Meggi kari, Asam laksa, belacan tuh dekat sini pun ada.
hihihi..
tapi klu nak bawak pun boleh jugak.
owhhh!! dekat Auckland Airport neh sangat cerewet kastam nyer hokey!
aku cadangkan korang search dulu barang makanan aper boleh bawak makanan aper
yang tak boleh bawak masuk.
untuk kepastian ler kan.
tapi macam kekacang, daging,ayam rendang,burger, sandwish, nasi sume tuh tak leh
 bawak ler yea.hihi
klu nak bawak setakat meggi, 3in1, biskut, tuh boleh ler. yang kering-kering
tapi macam aku cakap ler dekat sini pun ada mende-mende tuh.
korang cari jer kedai Asian macam Tai-Ping, Lim Chor (dekat Auckland)
boleh dapat sume tuh.

-------------------------------------------------

kedai Makanan Halal pun banyak dekat Auckland.
so takyah risau, korang takkan kebulur jika datang ke Auckland^^_
Macam - macam kedai ada. Ada Bali Star dekat Atrium on Elliott di Queen St, ada Wardani dekat Food Alley di Albert St. Angie's Kitchen dekat Mount St.

Mamak Tapas, nama jer mamak tapi owner dia cina malaysia. so dia jual makanan malaysia ler.
Satay World dekat Beach road, ada Mamak dekat Chancery St.
Thai Chili di Quay St, Mustard Seed di Hobson St
and food court dekat dalam Lim Chor tuh pun, ada kedai Thai aku luper nama dia.
Sume HALAL yea.

Burger Fuel, Sedap!! amek CNCheese ^___^
Klu nak makan Burger, korang pegi jer BurgerFuel lepas tuh mintak yang
HALAL Option, pun ada. Burger Fuel neh banyak jugak ler cawangan dia
so tak semestinyer dekat Auckland jer, sume Burger Fuel ada Option HALAL.
tapi kena cakap ler
Pita, Pizza, kebab pun ada yang halal, korang search jer.
-----------------------------------
Satel bab makan, dah kenyang pun. so seterusnya bagi aku yang penting
biler korang berhajat nak datang kot? maksudnya musim aper korang nak datang tue
Musim Summer, Autumn, Winter or Spring??
hah haktu pun kena decide dulu.
so aku bagi contoh klu korang berhajat nak ber"sunbathing" di Nz neh datang ler
time Summerkan (DEC- FEB) -- pakaian takyah bawak yg tebal-tebal
bawak yang nipis-nipis jer.
Musim Autumn (MAC-MEI) ---tak berape panas, aktibi boleh buat kutip buah epal.hihi
--- boleh bawak sweater yang tak tebal pun, macam sweater yang korang bawak pegi pasar malam tue.
Winter (JUNE-AUGUST)--- Jika dekat North Island takde salji yea.
tapi sejukkk.. so boleh bawak yang tebal-tebal sumenyer.
Spring(SEPT-NOV)-- boleh jadi sejuk boleh jadi tak sejuk., maksudnyer klu datang
dalam bulan Sept to Oct tue slalo hujan + sejuk. kena pakai baju sejuk jugak.
dalam bulan Nov baru cuaca ke arah panas sikit.
so pilih ler time biler korang nak datang. klu nak bersalji bagai sila ler
datang masa winter dan pegi ke South Island.
nanti aku sharekan Tips ke South Island Nz.

Queens Town during winter. --
--------------------------------------

Penginapan--- uishh sangat penting neh. dekat sini kalau tak tahu pilih habis ler
kena yang mahal.
tapi klu nak yang mahal pun boleh jer--Search jer Langham Hotel, PullMan Hotel, Waldorf Hotel/service Apartment.ehhh ada lagi beberapa buah hotel aku tak senaraikan.
korang search jer Auckland city-- hotel-- bersepah ler keluar hotel-hotel
di Auckland city. pilih jer.
klu nak rate yang sederhana boleh search City Traveller, Waldorf Tetra, Quest on Queen
--- ini yang aku familiar plus dekat dengan city aka Queen Street.--

Waldorf Beach Rd. Nabila Huda duduk dekat sini ler masa shooting drama aper tah dekat Nz ari tu,
-----------------------------------------------------------
Nak jejalan mesti sewa ketakan?
so kalau nak sewa keta korang search ler Jucy car rental, A2B car rental, macam macam lagi ada
ada Camper Van lagi nyah!-- sakan ko boleh pegi holiday.
Tapi klu setakat nak jalan-jalan Auckland jer, boleh naik Public Transport.
memang very good ler public transport dekat sini. ada bus and train.

Bus Link dekat Britomart. Ader kaler merah, oren, n hijau. lain - lain kaler lain-lain route.
kalau area city jer naik kaler merah yea.
--------------------------------------------------------------------------
Dekat North Island Nz, neh macam - macam destinasi korang boleh pegi.
ada aku citerkan dalam belog aku neh. korang selak-selak ler
cari tempat yang menarik dan tertarik untuk di lawati.
contohnya Rotorua, Hobbiton (MataMata), Coromandel, Cape Reinga,--yang jauh-jauh ler
kalau area Auckland jer, boleh pegi Auckland Domain, Mt. Eden Summit, Massion Bay, Long Bay,
Hunua Fall, Shakespear Regional Park-- ada lagi korang search ler.hihi
kalau nak ke ladang epal-- boleh ker windmill Orchards, Coatesville Highway.
available to pick dalam bulan Mac- Apr setiap taun.--cewaahh macam tauke ladang pulak aku.hehe
Strawberry Picking pulak dekat Kumeu-- dalam ends of December until February

Hadap jer ler muka aku yang sangat eksited kalah kanak kanak rebina di ladang Strawberry neh!
tak koser tau..hihihi
--------------------------------------------------------------------------
Oke ler sampai takat neh jer ler aku sharekan tips untuk ke New Zealand. kalau ader aper-aper lagi
nanti aku hupdet di kemudian hari.
harap dapat membantu ler korang yang nak cuti-cuti di Nz.
Selamat bercoti-coti yea
Nanti aku sharekan pulak tips ke South Island Nz.--

-----
Thanks for reading our JourNey!
annyeong^____^



heart clip art

Friday, December 20, 2013

Tentang Dia (= Speech!

Assalamualikum ^___^

Eeerrr anak ko dah boleh bercakap ker?-- soklan femes yang slalo mommies dengar
yea dops?
biasa ler kalau anak dah boleh berjalan, dah tumbuh gigi sume
soklan peberet seterusnya orang akan tanye pulak dah boleh bercakap ker? hahaha
------------------------
Diniyzahin during Summer at Auckland city, Nz
Honestly lil' zahin tak boleh pun bercakap lagi-- tapi aku tak kisah pun.
take ur time baby! cewaahhh!!
sikit-sikit boleh ler, macam sebut cat, car, bird, ball, balloon, flower
macam-macam tu jer ler. bagi aku don't put so much pressure to ur baby oke.
sian dier--releks-releks suda..
---
 tapi kiter as a ibu, mesti ler nak anak kter tuh pandai bercakap kan?
so  kena pelan-pelan ajar dia supaya bercakap a.k.a kenal mende.. jangan kalut pulak, dok tengok anak org baya anak kiter dah boleh bercakap pong pang pong pang..
anak kiter pulak dok baaaba--maaa--maaa-- dengan bahasa alien dia jah--
tapikan bebudak pengcapaian dia lain-lain
so tok sah dok risau oke.. -- tapi kalau dah umuq 3 tahun tak reti bina ayat lagi untuk bercakap
dok ckp baby language dia jah yang tue baru perlu risau. kena bawak jumpe doc yea..

Dinamakan fesyen mengaco momy melipat kain, kiter nak lipat baju, dikalut nak pakai baju -.-
tapi untuk budak setaun lebih macam anak aku tue, boleh sebut mende sikit-sikit pun
aku dah sangat impress tau! hahaha
tak dak ler aku dok expect dia dah boleh bercakap satu sentence penuh plak..
aku ajar dia sebut dan kenal satu-satu bende pun dah memadai.
contohnya macam ajar dia sebut 'cat' instead of 'this is a cat' (amek ko siap dengan grammar lagi =B)
dengan cara ni dia lagi senang sebut dan cepat kenal mende!
siyes neh aku dah cuba ^____^

Gaya seniman jalanan didalam rumah ^_^
tapi Alhamdulillah walaupun zahin belum boleh bercakap satu ayat lengkap pun lagi
tadi dia paham arahan. contohnya kalau aku cakap dekat dia "zahin, sit down, eat" dia pun
semangat ler bersila nak makan katanya.--yes anak aku tak guna highchair--
kalau cakap "zahin, go to mandi" dia pun pergi ler masuk bilik air nak mandi.
cuma tak mandi sendiri jer lagi-- itu dah melampau!hihihi
bagi aku itu pun cukup dah untuk umur baya dia
 setahun 7 bulan itew^___^

Gaya momy yang bajet kuat serta hot! chantek bunga biru-purple itew!

Thanks for reading our JourNey!
annyeoNg ^____^



heart clip art

Wednesday, December 18, 2013

All 'bout my Love ^___^


"Play is the highest form of research"--Albert Einstein
-------------------------

18122013~ hari neh saya dah usia setauntujuhbulan ataupun 19 bulan-- eh betul ker saya kira neh?
cepatkan saya membesar?? Alhamdulillah sihat dengan kuat lagi!
berat saya sekarang 11 kilo, mama saya yang cakap. --
sebab sekarang dekat Nz neh musim Summer, saya selalu keluar
jalan-jalan dengan mama & papa.
saya suke--saya suke!!
otw pegi queenstreet dengan mama & daddy. Naek basikal merah zahin neh. chantekkan? =p
Basikal saya kaler merah, papa belikan. tapi saya tak suke naik lagi
sebab saya tak reti kayuh. kena tolak jer. leceh ler, baik saya jalan kaki jer.-hiks

Dekat playgroung Gladstone Parnell.
kadang-kadang papa bawak saya ke Playground, macam gambor diatas tuh.
banyak mainan saya boleh main. saya suke main slide! best tau.
kekadang main swing dengan mama saya.
tapi selalunya saya suke lari-lari jer. baru best ^___^

Saya dekat Uni Papa. jalan-jalan amek angin diwaktu petang yang damai.
Mama saya kata saya kurang makan, sebab tuh saya kecik jer. tapi saya rasa macam
saya rajin makan jer. entah ler mana pegi sume makanan yang saya makan itu.
tapi takpe ler janji saya kuat & sihat mama kata oke jer.
saya suke makan pasta, nasi dan sayur-sayuran dan ayam dan daging dan ikan jugak.
sume mende saya nak makan. klu dapat makan ciskek mama lagi sedap!
sungguh neh saya tak tipu. =B --

Megablok--saya dengan mama yang buat.
Saya suke main, selain main ball dan main di playground ataupun main pasir di beach
saya juge suka main blok-blok neh.
saya dan mama susun-susun bagi tinggi lepas tuh saya akan musnahkan
dan kemaskan satu rumah! muahahahah
tapiii.. kejap nanti mama suruh saya kutip balik.hukhuk-- sedey
saya rasa macam saya dah tolong mama kemaskan.--

Parnell Rose Garden, Auckland
Lajukan saya berlari??.. jangan main-main ddy saya pun tak leh kejar saya tau kalau saya berlari
laju--
ini saya ditaman bunga rose-- bukan saya mamat bunga hokey
mama saya yang nak pegi sangat. saya layan kan jer ler. best jugak ler ikut mama
ke Parnell Rose Garden neh, sebab saya boleh lari-lari-lari--

saya, mama & papa di NorthHead , Devon port. Family outing giteww!!--
walaupun saya dah boleh berlari dengan laju, tapi saya slalo asek terjatuh jer.
nasib baik tak sakek, sebab jatuh atas rumput jer.
kalau atas jalan/batu harus bersepai lutut saya yang halus ini.huhu
saya rasa seronok duduk/tinggal dekat Nz, sebab slalo boleh jalan-jalan tapiii..
mama kata dalam bulan 3 taun depan kami dah dah balik M'sia--
Jauh tau M'sia tuh--sepoloh jam kena naik kapal terbang.--
kalau lari laju-laju--laju rasa nyer biler boleh sampai yea?

tido petang dekat umah syomell zahin. Gaya bos-bos.^___^
Oke ler saya nak tido petang ler dulu, petang nanti nak keluar jalan-jalan plus lari-lari
tapi tak tau lagi nak pegi mana?
nak kena sleep dulu ler,nanti baru dapat idea.--

oke bai semua ^______^



Thanks for reading our JourNey^___^
annyeong!


heart clip art

Monday, December 16, 2013

Ayahanda Beta...

Ayahanda beta,...
kekasih hamba...

by Fynn Jamal @ Kok Ping 

Mata tua yang memandang aku itu-
bundar... pudar..

Dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
biar..
katanya, biar--

Wahai ayahanda 
berhentilah walau sebenar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur and ujar
apa menyerabut?

Wahai ayahanda 
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa dewi itu--
harum 
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan 
biar--
katanya lagi biar--

wahai ayahanda 
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

apa masih ingat lagi
aku suka lari lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar biar kau patah hati

apa masih tidak lupa
tengking jerit sama sama
makan tak mahu semeja 
sahabat lebih berharga

apa masih kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan 
kusesat kau tunjuk jalan--

apa layak aku bagai
tak terbalas sampai mati
kau sungguh paling tinggi
istana mu surga nanti ---

Ayahanda beta,..
kekasih hamba...


dedicate to my Ayahanda Hassan Salbidin 

Me & myAyahanda during my Big day. Miss u abah--
apa layak aku bagai?
tak terbalas sampai mati.





Wednesday, December 4, 2013

Coromandel: Cathedral Cove (^______-)

 Assalamualaikum my gojes!

Salah satu tempat yang menarik lagi bagi aku untuk dilawati
jika ke New zealand jom kiter ke Cathedral Cove di Coromandel!
Tempat shooting citer Narnia II diawal-awal citer..heheh

Coromandel Peninsula neh masih lagi terletak di North Island New Zealand.
Jarak dia dari Auckland City lebih kurang dua jam lebih jugak kot drive!
Tapiiii.. nak ke sini, jalannyer ya Allah bengkang bengkok! kena lalu leraNg-lereNg bukit
pening jugak ler dibuatnyer. kena prepare asam banyak-banyak dalam keta.
supaya korang tak muntah... aku tak per dah biasa.. muahahahha


Aku pegi Coromandel neh masa PIL aku datang tu ari, dah nak masuk 2 bulan dah pun.
Ekceli tempat neh tak termasuk pun dalam plan jalan jalan kteorang pun
 last minute punya plan jer neh. hari neh plan esok dah pegi.
tapi berbaloi ler tempat dia samteekk~


View dari tempat parking! Tapi untuk ke Cathedral Cove neh kena jalan kaki, 45 minit!
ala-ala jungle tracking gitew!
huh! memula bajet ala relaks ler 45 minit jer. Yakin jer cam dekat jer. 
sekali!!! hambek kau! hampir sejam lebih jugak ler aku rasa menapak dari parking neh..hihi


Macam neh ler jalan dia untuk ke tempat tuh. Gigih tak aku menapak?! ^^,
jangan ler harap nak pakai kasut chantek- chantek pakai seliper pun sakit kaki.
so aku suggestkan pakai ler Sport Shoe, lebih selesa dan convenient gitew. 


Yea tangga neh pun termasuk dalam konsep jungle tracking kali nie yea.
penat menapak kena naik tangga lagi. huhuhu
memang mencabar ler perjalanannyer
aku ingatkan track dia tak de ler cam gini, kteorang dengan tak prepare aper aper pun
pakai pun seliper jer..hehe.. zahin  just dukung jer.
if we know that track dia camgini, harus lebih prepare gitew..heheh


Mak mertua n pak mertua i yang gigih berjalan. memang lenguh. dah ler MIL aku
ader sakek sakek lutut, sian kena berjalan dengan jauh nyer lagi.
tapi aku suke jer jalan jalan dalam hutan
pasti banyak kalori aku terbakar pada hari tersebut. muahahahah


Halfway perjalanan jumpe tempat yang indah neh. berhenti berehat sekejap.


Setelah penat lelah berjalan akhirnya sampai ler jugak ke Cathedral Cove tuh
Nak turun ke beach pun kena turun tangga sebegini yang punya tinggi ini..
dalam hati dah terpk dah, abeh ler nak balik nanti.huhuu


Cathedral Cove, Coromandel ~ 13 October 2013
walaupun sangat jauh tempatnya, tapi aku rasa worth it ler datang ke sini.
tempat dia macam un-touch-able lagi. sangat bersih
happy sangat sebab dah berjaya jugak sampai.huhuhu
sejam lebih kot kteorang jalan.


Zahin pantang jumpe air laut, laju-laju dia lari nak masuk ke air.
dah ler sejuk time tuh. kalau time neh summer pasti lazat!



Tempat dalam citer Narnia II yang derang sampai ker dunia Narnia dan
terus main main air tuh. disini ler tempat kejadian itu.
Worth it kan, walaupun kena jalan sejam lebih dalam hutan! huhu
Aku memang suka datang ke tempat-tempat yang view dia sangat ohsem gini.
tapi sayang sebab air dia sangat sejuk
time spriNgkan?..

Kalau time Summer macam-macam activity dekat sini, korang boleh kayak,
boleh scuba driving, camping macam macam lagi ler activity boleh buat.
sebab tu ler derang dekat sini suka sangat time Summer.
Summer dekat sini, macam aku cakap sebelum-sebelum neh ler tak panas pun
Macam weather dekat Cameron Highlands Malaysia jer, bolehh??
cuma cahaya matahari dia jer yang sangat melimpah ruah.


Dah cakap dah si budak kecik neh memang pantang dengan beach.
sejuk gigil pun gigih dia nak main jugak.
aku memang tak koser ler kan?!=p
biar jer ler si kecik neh yg bermain.


My Lil' Aslan ^_____^ 
kteorang tak dok lama pun kat situ, tak piknik piknik pun.
 sebab dah nampak cam nak hujan. dan terpaksa pk jauhnyer lagi nak menapak balik! huhhu
kalau hujan lagi ler susahkan? 


Mama's lil Boy ^____^


" Once you have travelled, the voyage never ends, but it played over and over again in the quietest chambers. The mind can never break off from the journey!"
                                                                                                                      - Pat Conroy



Thanks for reading my JourNey!
Annyeong^___^



heart clip art

Wednesday, November 27, 2013

SpriNg Cleaning ^_____=

Morning (^__________^)!


Sekarang neh aku dah start kemas dan simpan cket-cket toys zahin yang bersepah sepah tuh
Spring Cleaning kekdahnyer
alang-alang dah berkemas tuh, yang mana memang tak guna
dah simpan dalam box siap siap nanti senang angkut
masuk dalam kontena jer. hihi

Antara toys yang zahin tak kepinggin main lagi pasti ler
'Soft Toys' beliau.
toys zaman bayi lagi..sebelum neh memang aku dah asingkan pun
tapi setenggah dok sana, setenggah dok sini, tak tersusun gayanyer
so memandangkan aku dengan gigih nak jayakan
spring cleaning aku dimusim spring neh
aku pun gigih ler mengumpulnyer semula. dapat ler satu box!
tak banyak pun soft toys beliau..

kumpul-kumpul soft toysnyer dapat ler banyak neh. Neh sume toys yang duduk beradu dekat cot bliau


Satu box penuh, box neh nanti nak masukkan terus dalam kontena. tak yah kemas lagi.
Hari tuh ada jugak terpk nak masukkan jer dalam 'trademe' toys
mana yang tak nak pakai dah.
tapi pk balik, nanti tak ker susah nak kena beli lain untuk adek zahin
so tak jadi ler nak masukkan dalam trademe
aku simpan elok-elok jer ler.. 
nanti nak guna balik. tak gitew..hehehe
jimaattt katanyer ^__^


Thanks For readiNg my JourNey!
annyeoNg ^___^



heart clip art

Wednesday, November 20, 2013

The Shire, Hobbiton

Salam guys,

Another attractions yang kalau datang ke New Zealand wajib singgah
bagi aku uols wajib ker Hobbiton Matamata!
alaaa set dalam citer LOTR and The Hobbiton tuh.
sebab tempatnyer sangat sangat marbelessss!!
dijamin tidak rugi walaupun kena bayar harga tiket bernilai NzD 75/person
kanak-kanak below 5 FREE kekdahnyer
tapi rasa sangat berbaloi-baloi!!

Klu nak datang ke sini daripada Auckland, kena naik keta ler kan tak kan nak 
jalan kaki pulak..hehehe
jauh tuh jauh ler jugak rasanyer dalam 2 jam setenggah kot driving
tapi ok jer drive dekat New Zealand, kan sangat relax dan
menyenangkan. tak der Plaza Tol pun..hehehe
ditambah pulak view-view dia pun marbelesss jugak kan?


Nak ke Set Hobbiton neh pulak ada dua cara, sama ada nak drive terus ke sini
ataupun naik bas daripada pekan Matamata tuh.
So kteorang masa pegi ari tuh pilih naik bus ler daripada pekan Matamata
ke set Hobbiton neh. Bus tuh memang disediakan untuk ke tempat neh pun.
Free je pun. so takyah ler drive ke set tuh.. hehehe


Sampai jer ke Set neh, dia akan ada Tour Guide yang bawak kiter masuk ke
'The Shire' neh nanti.
tapi kena naik bus lagi ler.. ini memang bus disediakan untuk ke hobbit village neh
sebab tempat tuh nun jauh kedalam lagi..huhuhu
klu korang nak drive keta korang tuh pun, memang tidak dibenarkan sama sekali
hokey!
Tour neh lebih kurang 3 jam! tapi tak rasa pun 3 jam
kejap jer raSanyer, tup-tup dah kena balik! Muahahaha

ok ler, jom enjoy tengok pictures yang aku amek
ribujuta lemon picturesnyer..hehe
harap jangan muntah! 


Biler dah sampai dekat Hobbit Village neh, first-first masuk nampak ler rumah neh..
rumah comel lote!
sape ingat neh umah saper? hiks
sape-sape peminat LOTR pasti ler kenal sangat umah neh, neh umah
Samwise Gamgee! canteeekkkk!! tapi tak leh masuk pun kawasan umahnyer
ada pagar, boleh amek gambar dari luar pagar jer..huhuhu


eerrr neh pose tayang perut muncit ker?! ceh!! hihi
walaupun aku peminat separuh pengsan citer LOTR tuh tapiii...
Aku pun tak hengat ler umah sape neh..hohoho.. replika umah-umah neh sume ada..
memang derang buat khas untuk citer LOTR and The Hobbit
eerrrr mana aku tau?? Peter Jackson kasik tau.. muahahahah


Cuma masa LOTR 1 tuh dulu, rumah-rumah neh sume daripada plywoods jer..
lepas LOTR 1 tuh derang runtuhkan dan buat balik
 untuk LOTR 3, buat real punya.. guna kayu sume ler.. dan derang decide untuk kekalkan
kawasan perkampungan hobbit neh dan dibuka untuk lawatan.
so kawasannyer memang terjaga rapi ler.. bersih dan kemas dan chanteeekkk!!


Rumah Bilbo Biggins or rumah Frodo ler kan?.
ini ler kawasan umah Frodo tuh..
chanteeekkk!! yang model dekat situ kteorang punya Tour Guide! bukan main main
Tour Guide pun kacak! hahaha
Tapi seperti biasa ler, dalam kawasan umah neh tak leh masuk pun, 
tour guide jer boleh masuk.. tak aci betoi!


 Rumah-rumah neh, jangan tertipu pulak ingat cam dalam movie tuh, 
pintu n kawasan luar jer sama cam dalam movie tuh.
Dalamnyer KOSONG!! Ekceli takder pun dalam umah.
Derang just buat kawasan luar dia jer dengan pintu sekali..huhuh

  
Tapi aku rasa kalau derang buat betul-betul umah tuh lagi menarik!
maksudnyer buat macam dalam movie tuh ler, boleh masuk dalam umah tuh sume..
owhh aku kena kol Peter Jackson neh bagitau bliau.. Muahahhaha


Kebun sayur-sayuran hobbit! sayur-sayur neh real ler yea..heheh
memang derang jaga baeekkkk punya.
macam betul-betul ader orang hobbit tinggal pulak! hehehe


Kan aku cakap nak tour The Shire neh memakan masa 3 jam!
sebab kawasannyer sangat besar. kena panjat bukit ler, turun bukit panjat tangga ler.. 
sume ader ler! agak memenatkan tapi bestt.
View yang belakang kteorang tuh, jap lagi kteorang akan berada diatas nunnn pulak!
hehehe


On de way nak ke atas sana..huhu.. trek dia macam neh ler, naik haus ler kasut menapak!
tak termasuk haus tekak lagi.
jangan ler pakai kasut tumit-tumit segala bagai tuh..
seksa kaki nanti. aku pakai boots pun dah lenguh. mana taknyer sepoloh kilo lagi
nak kena kendong! hehehe.. 
(wahal kendongnyer kejap jer pun sebab Ddy tolong kendongkan) hihi


View dari atas bukit pulak, setelah penat lelah memanjat even ada trek dia pun.
tapi still kan..
masa trip neh, kteorang slalo tertinggal ke belakang sebabnyer
selain daripada nak posing bagai nak rak, kteorangkan bawak budak kecik
so banyak kerenahnyer..huuhuh
tapi akhirnyer sampai ler jugak di puncak bukit.
nunn di seberang tasek tuh ada Green Dragon Cafe!
japg kteorang sampai kebawah pulak..ohoho



Taraaaa!! dah sampai pun ke 
"Green Dragon Cafe!" 
Tempat frodo and kengkawan lepak-lepak so kteorang pulak nak lepak dekat sini..hehehe
Kteorang singgah minum-minum jer dulu 
ada dapat Free wine or ginger beer. so pasti ler sangat aku minum wine kan
kata dahaga sangat tadi..muahahahaha
lawak jer.. takder maknanyer..hihihi


Dah nak balik dah dengan si kecik Zahin.. rasanyer trip neh paling best diantara yang terbest!
memang impian aku nak ke Hobbiton neh pun masa 
memula dapat tau akan ke New Zealand. Akhirnyer termakbul juga..
Alhamdulillah
Thanks to Mr AiDi..hihihi


So korang, tengok pictures jer tak best sangat.. meh ler lawat New Zealand ^__^
Rasai sendiri experience di The Shire neh!
berbaloi-baloi.. tempat dia sangat bersih, dan chanteekkk!!
udara pun nyamannn!!
^______^



Thanks for reading our JourNey!


Love,
NzMoments



heart clip art
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...