Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, January 8, 2020

Gift From Heaven : Princess


Assalamualaikum

3rd gifts from Heaven!
 8 Nov 2019
Allah kurniakan rezeki buat kami sekeluarga
Akhirnya after 3 years 9 months
(after zaarif dilahirkan)
Alhamdulillah keluarga kami menimbang seorang lagi cahaya mata.
kali ini Allah SWT kurniakan untuk kami baby girl pulak.
Alhamdulillah syurkur kehadrat ilahi!

Jika tanya tips apa untuk dapat baby girl, sis memang takde tips apa2 pun.
Alhamdulillah segalanya kerana Allah SWT yang Maha mendengar serta Maha mengetahui...
.
So sekarang ni sis dah ada 2 boys and one girl. InsyaAllah dah boleh tutup kilang dah kot ni =p
.
pengalaman mengandungkan baby girl ni sangat2 mencabar. huhuh
actually sis dapat tahu mengandung ni masa bulan 3 aritu
masa tu kelas master sis dah start laa.. boleh dikatakan awal2 semester lagi laa.
 one or two weeks after dapat tahu sis preggy tu
mula laa morning sickness yang superduper teruks gilosss!!
super teruk laa.. memang asyik muntah je. all day the sickness.
boleh dikatakan siap masa sis akan muntah. huhuhu
selang setenggah jam/ sejam sis akan muntah.
dan menda ni setiap hari. huhuhuh
selera makan langsung out. tak leh makan langsung.
drip air 2 kali.
so kelas master sis pun selalu laa tuang kelas. pegi kelas pun boleh muntah lagi.
masa ni mmg rasa sis mengandung babby boy lagi ni
sebab orang kata klu mengandung baby girl ok- takan teruks sangat morning sicknessnya.
katanyerrr je laa..
lama juga laa sis bermorning sickness ni,. boleh dikatakan 8/9 minggu juga laa..
masuk bulan puasa pun masih muntah lagi,

Masa ni sis dah ok dah ni. Lepas presentation subject monitoring system mechanical. Masa ni kandungan sis 4 bulan macam tu.
Masa sis nak pegi ViVa ni. tenggah tunggu turn. Masa ni kandungan sis dah 29 minggu

sis cuba puasa mula2 tu. lepas puasa tu sis rasa macam ok laaa..
waktu bukak puasa je sis akan muntah. masa lain sis ok.
sis dah hepi2 dah, sebab muntah dah makin baik.
mungkin berkat bulan ramadhan al Mubarak. ^__^
tapi lepas jumpa doctor, doctor nasihatkan sis jangan puasa lagi.
disebabkan kandungan masih baru, then sis baru baik dari morning sickness yang teruks ritu
so sis cuma sempat puasa 3 hari jelaa.. (mampuih nnt nak menganti.)
tapi lepas 3 hari puasa tu sis dah back to normal balik dah.
masih muntah, cuma jarang sangat dah.
sis hepi!
.

Sis masa raya. dah 4 bulan rasanya time ni.

itu fasa mengandungkan baby girl sis. after bulan puasa tu sis memang dah ok sangat dah. takde masaalah apa-apa pun dah.
tapi sis kena GDM masa mengandung kali ni.
1st minum air gula tu tak sangkut. selamat.
tapi kali kedua kena minum tu, sangkut laa pulak. huhuhu
so start laaa GDM punya diet lak.
.

Sis pergi bersuka ria dengan anak2 di Sunway Lagoon. Masa ni dah 38 minggu dah. hehehe

Pengalaman bersalinkan baby kali ni, Alhamdulillah dipermudahkan segalanya.
actually due sis 10/11/19 iaitu hari ahad
so nurse dah siap-siap pesan klu tak bersalin lagi sabtu tu kena p hospital dah. kena induce!
scary dengar induce pun.
.
5/11/19 - selasa
sis konvo. sesi sis di petang hari itu. kiranya hari selasa tu sis ok je.
takde sakit apa2 pun. sis gumbira je pegi konvo. heheh
After convo hari rabu tu - 6/11/19
kteorg ke Tamu hotel & Suite KL.
hubby sis ada meeting dengan KPT dekat hotel tu
so kteorg packing siap-siap barang untuk bawa balik ke penang or ke hospital berdekatan laa
hehehhe

Di Tamu Hotal & Suite KL, Best Hotel ni siap nampak KLCC n Menara KL lagi dari bilik
Bilik pun besar. Hotel ni dekat Kg Baru. 

Sehari sebelum bersalin. dalam keta ni otw balik penang.

Hari khamis 7/11 tu, after Mr AiDi habes meeting dengan KPT around tengahari macam tu kteorg siap-siap dah nak bertolak balik ke Penang
Memula plan mmg nak bersalin di An Nur or Addora Hosp tu je
Tp memandangkan adik sis yang nak jaga time pantang nanti
so kteorang decide balik bersalin area sana laa
kteorg plan bersalin di INS, Aloq Sataq
so hari khamis tu sis sampai penang pukul 8 mlm
makan, rehat,sembang-sembang, releks2 je..
sis rasa macam bersalin hari ahad juga ler ni.
lepas tu around 3 am tu dah rasa sakit macam senggugut. kerap juga ler 5-10 minit
tapi takde laa sakit sangat
just rasa macam senggugut je. time tu sis tak tido lagi pun.
dekat2 nak bersalin lagi susah nak tido. hehe

Lepas tu around pukul 5 pagi tu sakit tu macam kuat sikit.so sis kejut Mr AiDi kata ajak pegi hospital
bajet nak pegi pagi esok je.
tapi sis takut pula jem pulak pagi2 nanti. dah laa jauh Bertam-Aloq Staq tu
so siap2 pegi. anak2 tinggal je dekat umah adik sis tu
OTW perjalanan tu sis dah rasa sakit kejap2 dah. tambah2 bumping2 dalam keta
lagi laa rasa sakit pinggangnya. hehhe

sis sampai INS pukul 6:30 am, nurse dekat situ tanya ada turun tanda or air ketumban pecah ka?
sis kata takde pun cuma sakit macam senggugut je
bila derang check jalan, rupanya dah bukak 6 CM!!! OMGGGGG
sebab sis langsung rasa tak sakit mcm nak beranak pun.
sakit senggugut je.
lepas tu nurse tu tanya nak ambil epidural tak? sis taknak laa
dah 6 cm nak ambil buat apa. heheh

so sis layan laa contraction tu dengan husband sis, sementara nak tunggu Doc Annuar sampai
pukul 7:30 am dah bukak 9 cm dah pun.
then derang dah kol Doc dah pun. Doc pub otw nak mai dah.
pukul 8 mcm tu Doc sampai, Doc pecahkan air ketumban.
bila dah pecah tu.. time tu laa baru rasa sakitnyer.. heheheh
tadi-tadi sakit biasa2 je. hehhe
8:29 am sis selamat melahirkan seorang baby gegurl. Alhamdulillah
Allah permudahkan urusan sis bersalin.

Baby girl sis! selepas beberapa minit. merah!

lepas dah bersalin tu Doc tu kasi sis ubat tido, untuk depa jahit luka.
sis pun tak sedarkan diri. sampai derang kejut untuk bawa ke bilik.
keesokan harinya tu sis dah boleh balik dah pun
baby sis Alhamdulillah takde kuning.
takde pertua apa2 pun sis amalkan masa mengandung.
Tapi anak2 sis memang semua takde kuning. sebab darah kot. darah kteorang AB

Itu laa pengalaman sis mengandungkan serta melahirkan anak gegurl.
Sis InsyaAllah dah tutup kilang dah. =p
.
.

Thanks for reading My JourNey!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...