Ayahanda beta,...
kekasih hamba...
by Fynn Jamal @ Kok Ping
Mata tua yang memandang aku itu-
bundar... pudar..
Dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
biar..
katanya, biar--
Wahai ayahanda
berhentilah walau sebenar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur and ujar
apa menyerabut?
Wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu
mata tua yang bagai ada sakti dewa dewi itu--
harum
senyum
dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
biar--
katanya lagi biar--
wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu
wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi
apa masih ingat lagi
aku suka lari lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar biar kau patah hati
apa masih tidak lupa
tengking jerit sama sama
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga
apa masih kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
kusesat kau tunjuk jalan--
apa layak aku bagai
tak terbalas sampai mati
kau sungguh paling tinggi
istana mu surga nanti ---
Ayahanda beta,..
kekasih hamba...
dedicate to my Ayahanda Hassan Salbidin
Me & myAyahanda during my Big day. Miss u abah-- |
apa layak aku bagai?
tak terbalas sampai mati.
2 comments:
Bila kita lihat ayah dah semakin tua.. tapi masih kepit rokok di jari... heeeee mcm ayah saya ♥♥♥
uwss tetibe rindu ayahh huhuuu.btw cantik pic ni..
Post a Comment