Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday, December 27, 2013

Tips jeJaki New Zealand!

Assalamualaikum ^_____^

Oke kali neh aku nak share tip-tip klu korang berhajat nak ke New Zealand.
Tips berjalan - jalan jer ler yea. <----sebab ada="" p="" request.="" yang="">klu tips untuk sambung study korang boleh refer blog neh
dia ada senaraikan aper yang perlu untuk sambung study dekat sini.
kak pani
Aku punya belog sebab suka jalan-jalan so aku sharekan serba sedikit ler
tips untuk jalan-jalan ke Nz gitew!

first thing first mesti ler perlukan passportkan-- tettt takyah cakap pun org tahu.hikhik
Visa tak perlu untuk jalan-jalan ke Nz. korang boleh masuk as a pass pelancong selama
3 bulan gitew-----
-----------------------
second yang penting dwet!! pastikan tukar siap-siap RM to NzD dekat Malaysia oke.
jangan ler nak tukat dekat sini.
walaupun ada money changers dekat sini, tapi mahal!
lebih baik tukar dekat Malaysia terchenta itew!!--


Nz dollar, sekarang rate Rm to NzD dalam rm 2.6++ baru dapat 1 dollar Nz
------------------------

Third bagi aku yang penting, Flight ler kan? tak kan nak naik tongkang plak kesini yea dops?
so Flight direct ke Nz dari Malaysia adalah MAS.
tambang pepaham ler..--MAS katakan.
seken opsen boleh naik AirAsia, tapi kena Transit Melben kot.
lecah sikit ler kena masuk Ostolia.
tapi klu korang nak jalan-jalan dulu dekat Ostolia boleh ler cuba.
Mana ler tau kot nak pegi borong corelle dekat Oz.
third option naik JET Star dari singapore. direct to Auckland dari Singapore.
 Murah pun murah, cepat pun cepat
maklum ler JET katakan? muahahahaha.. ok aku tipu 10 jam jugak. =B
Dekat Singapore jugak ada Singapore Airline, pun direct ke Auckland.
itu jer Flight yang aku tau ler.. ada lagi flight yang lain ke Auckland. Macam Emirates
yang lain tuh korang boleh search sendiri yea^^-

JET STAR selaju JET.........
------------------

Lagi yang perlu--- Makanan??
jika korang plan nak ker South Island Nz, boleh ler bawak
tapi klu setakat jalan-jalan North Island Nz, tak yah bawak,. dekat sini Auckland
bersepah kedai Asian Food. setakat Meggi kari, Asam laksa, belacan tuh dekat sini pun ada.
hihihi..
tapi klu nak bawak pun boleh jugak.
owhhh!! dekat Auckland Airport neh sangat cerewet kastam nyer hokey!
aku cadangkan korang search dulu barang makanan aper boleh bawak makanan aper
yang tak boleh bawak masuk.
untuk kepastian ler kan.
tapi macam kekacang, daging,ayam rendang,burger, sandwish, nasi sume tuh tak leh
 bawak ler yea.hihi
klu nak bawak setakat meggi, 3in1, biskut, tuh boleh ler. yang kering-kering
tapi macam aku cakap ler dekat sini pun ada mende-mende tuh.
korang cari jer kedai Asian macam Tai-Ping, Lim Chor (dekat Auckland)
boleh dapat sume tuh.

-------------------------------------------------

kedai Makanan Halal pun banyak dekat Auckland.
so takyah risau, korang takkan kebulur jika datang ke Auckland^^_
Macam - macam kedai ada. Ada Bali Star dekat Atrium on Elliott di Queen St, ada Wardani dekat Food Alley di Albert St. Angie's Kitchen dekat Mount St.

Mamak Tapas, nama jer mamak tapi owner dia cina malaysia. so dia jual makanan malaysia ler.
Satay World dekat Beach road, ada Mamak dekat Chancery St.
Thai Chili di Quay St, Mustard Seed di Hobson St
and food court dekat dalam Lim Chor tuh pun, ada kedai Thai aku luper nama dia.
Sume HALAL yea.

Burger Fuel, Sedap!! amek CNCheese ^___^
Klu nak makan Burger, korang pegi jer BurgerFuel lepas tuh mintak yang
HALAL Option, pun ada. Burger Fuel neh banyak jugak ler cawangan dia
so tak semestinyer dekat Auckland jer, sume Burger Fuel ada Option HALAL.
tapi kena cakap ler
Pita, Pizza, kebab pun ada yang halal, korang search jer.
-----------------------------------
Satel bab makan, dah kenyang pun. so seterusnya bagi aku yang penting
biler korang berhajat nak datang kot? maksudnya musim aper korang nak datang tue
Musim Summer, Autumn, Winter or Spring??
hah haktu pun kena decide dulu.
so aku bagi contoh klu korang berhajat nak ber"sunbathing" di Nz neh datang ler
time Summerkan (DEC- FEB) -- pakaian takyah bawak yg tebal-tebal
bawak yang nipis-nipis jer.
Musim Autumn (MAC-MEI) ---tak berape panas, aktibi boleh buat kutip buah epal.hihi
--- boleh bawak sweater yang tak tebal pun, macam sweater yang korang bawak pegi pasar malam tue.
Winter (JUNE-AUGUST)--- Jika dekat North Island takde salji yea.
tapi sejukkk.. so boleh bawak yang tebal-tebal sumenyer.
Spring(SEPT-NOV)-- boleh jadi sejuk boleh jadi tak sejuk., maksudnyer klu datang
dalam bulan Sept to Oct tue slalo hujan + sejuk. kena pakai baju sejuk jugak.
dalam bulan Nov baru cuaca ke arah panas sikit.
so pilih ler time biler korang nak datang. klu nak bersalji bagai sila ler
datang masa winter dan pegi ke South Island.
nanti aku sharekan Tips ke South Island Nz.

Queens Town during winter. --
--------------------------------------

Penginapan--- uishh sangat penting neh. dekat sini kalau tak tahu pilih habis ler
kena yang mahal.
tapi klu nak yang mahal pun boleh jer--Search jer Langham Hotel, PullMan Hotel, Waldorf Hotel/service Apartment.ehhh ada lagi beberapa buah hotel aku tak senaraikan.
korang search jer Auckland city-- hotel-- bersepah ler keluar hotel-hotel
di Auckland city. pilih jer.
klu nak rate yang sederhana boleh search City Traveller, Waldorf Tetra, Quest on Queen
--- ini yang aku familiar plus dekat dengan city aka Queen Street.--

Waldorf Beach Rd. Nabila Huda duduk dekat sini ler masa shooting drama aper tah dekat Nz ari tu,
-----------------------------------------------------------
Nak jejalan mesti sewa ketakan?
so kalau nak sewa keta korang search ler Jucy car rental, A2B car rental, macam macam lagi ada
ada Camper Van lagi nyah!-- sakan ko boleh pegi holiday.
Tapi klu setakat nak jalan-jalan Auckland jer, boleh naik Public Transport.
memang very good ler public transport dekat sini. ada bus and train.

Bus Link dekat Britomart. Ader kaler merah, oren, n hijau. lain - lain kaler lain-lain route.
kalau area city jer naik kaler merah yea.
--------------------------------------------------------------------------
Dekat North Island Nz, neh macam - macam destinasi korang boleh pegi.
ada aku citerkan dalam belog aku neh. korang selak-selak ler
cari tempat yang menarik dan tertarik untuk di lawati.
contohnya Rotorua, Hobbiton (MataMata), Coromandel, Cape Reinga,--yang jauh-jauh ler
kalau area Auckland jer, boleh pegi Auckland Domain, Mt. Eden Summit, Massion Bay, Long Bay,
Hunua Fall, Shakespear Regional Park-- ada lagi korang search ler.hihi
kalau nak ke ladang epal-- boleh ker windmill Orchards, Coatesville Highway.
available to pick dalam bulan Mac- Apr setiap taun.--cewaahh macam tauke ladang pulak aku.hehe
Strawberry Picking pulak dekat Kumeu-- dalam ends of December until February

Hadap jer ler muka aku yang sangat eksited kalah kanak kanak rebina di ladang Strawberry neh!
tak koser tau..hihihi
--------------------------------------------------------------------------
Oke ler sampai takat neh jer ler aku sharekan tips untuk ke New Zealand. kalau ader aper-aper lagi
nanti aku hupdet di kemudian hari.
harap dapat membantu ler korang yang nak cuti-cuti di Nz.
Selamat bercoti-coti yea
Nanti aku sharekan pulak tips ke South Island Nz.--

-----
Thanks for reading our JourNey!
annyeong^____^



heart clip art

4 comments:

Anonymous said...

Best gak ni...next plan la kot ke cni hihi

Anonymous said...

Best gak ni...next plan la kot ke cni hihi

Cheq Sue said...

ada gak member ngajak ke aussie tapi tak cukup2 bajetnya... tingin gak nak ke sana... tapi dalam mimpi dululah ... -_-

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Bilalah agaknya dapat bercuti2 ke NZ ni..teringin nk ke sana... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...