Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday, January 31, 2014

Kehendak & Keperluan -- kompius--

Salam--

Aisehhh macam belajar kemahiran hidup pulak, sebab kena tentukan antara 
keperluan serta kehendak neh-- huhuhu
kehendak je lebey ekceli. hehe--
itu ler kompius tak tahu nak beli ker tak nie? -- dok rasa macam keperluan--
tapi biler pkpk balik dah rasa macam kehendak pun ada gak--hihikhik
dilema seorang suri rumah ler kekdahnye--
nasib baik bukan buah delima-- yummy!

kehendak ataupun keinginan guwe ini, yang membuatkan guwe rasa seperti 
mandi tak basah tido tak lena adalah ingin memiliki sebuah
Tefal ActiFry neh hah!

Tefal Actifry yang menawan kalbu-- terpikat guwe!

tu ler dok pkpk patut beli ker tak? --
rega dia boleh ler tahan mahalnyer-- around 300++ New Zealand dollar.
kalu dekat Malaysia pun 800++  jugak rasanya--

Dok pikir berbaloi tak kalu beli mende alah neh--
Advantage mende alah neh, dia guna satu sudu minyak jer untuk goreng 1kg fries--
gitew ler assumption nyer-- cholesterol pun kurang
dan tak payah ler dok bertunggu tangga semasa proses pengorengan dilakukan-- itu macam best!
dan lagi macam-macam boleh goreng lagi-- examples ikan, ayam, sayur--
macam macam ler yang boleh di goreng lagi--
nasi goreng je tak pasti boleh buat ker tak? kikikiki
Disadvantage nyer pulak-- guwe guna ker nanti? takut nanti guna ala-ala jer--
selebihnya takut jadi tukun jer.. huhu--
aissyyehhh-- btoi-betoi diantara persimpangan dilema neh-- macam best--macam menarik
patut beli ker tak?
kompius den!!--


Thanks for readiNg our JourNey!
annyeoNg ^____*




heart clip art

Wednesday, January 29, 2014

weather


Salam 

Book 2014, Chapter 1, pages 29 --

Dengar citer dekat Malaysia sekarang dah jadi musim sejuk-- sampai ada setenggah tempat
tu tido dah macam dalam ais??-- wahhh biar betoi cik wartawan membuat story--
dah negative kah bumi Malaysia??
tapi memang tak dinafikan sekarang ini cuaca sangat-sangat ler
tak menentu-- 
adakah sebab global warming--paksi bumi berubah--ataupun bumi kita dah makin tua--
------------

Even dekat Nz pun, nama je Musim Summer, tapi weather around 20 Celsius gitew..
  Summer tapi Sejuk plus very windy--
kejap-kejap panas, kejap-kejap sejuk, kejap-kejap berangin
Dan bila cuaca tak menentu gini, aper lagikan? virus-virus pun semakin berkeliaran serta
berleluasa dengan mewahnyer ler--
aku memang paling tak suka demam-- letih plus sakit--
tapi tak per ler -- demam tukan penghapus dosa kecil- ^____^
-----------------------------
Zahin melawat Starship Hospital, Auckland-- Viral Infection--
Bila musim-musim demam macam neh, si kecik zahin ler cepat sangat di hinggapi oleh
virus-virus chenta gituh--
tak pasal-pasal ari senin ari tuh, terpaksa melawat spital dekat Auckland neh, 
demam-- huhuhu-- bila si kecik yang demam memang yang mama dia tak senang duduk--
risau lebey-- -,-
Doakan my Lil' Zahin cepat sihat yea ^____^


Sabda Rasulullah s.a.w : " Janganlah kamu mencaci maki penyakin demam, kerana sesungguhnya demam iyu akan menghapus dosa-dosa anak Adam sebagaimana menghilangkan kotoran besi"

Take care ok sume-- banyak-banyak minum air kosong!


AnnyeoNg--




heart clip art

Friday, January 24, 2014

SpriNg 2013 ^__^

Salam ^____^

Agak macam edisi ber'throwback' jugak ler neh throwback pada
SpriNg 2013 at Cornwall Park, Auckland--
kalu belah- belah Europe Musim Autumn, kami di New Zealand neh bermusim SpriNg
terbalik dengan Europe gitew. 
SpriNg di New Zealand pada bulan September until November--
suhu dekat Nz nie kalu musim spriNg antara 15 - 20 Celsius jer, tapi kalu awal-awal spring tu
memang agak sejuk ler jugak-- 

Cherry Blossom during SpriNg-- ohsem sangat! 
My baby and Me
Gambor - gambor neh masa kami piknik di Cornwall Park, Auckland around bulan sepoloh taun lepas--
masa tengah-tengah spriNg gak ler. cherry blossom pun dah nak abes gugur dah pun--
sadis!


Ekceli datang ke sini nak bawak PIL jalan-jalan kekdahnya, sambil-sambil untuk tengok
cherry blossom sekali. Macam aku cakap ler, Cuaca pada Musim SpriNg neh tak menentu
kekadang hujan dan sejuk banget, kekadang tu cerah dan memancar2 matahari
kira kena tengok weather report dulu le sebelum kuar umah gitew..

My baby boy         
As Usual ler, kalu dapat kuar umah budak kecik nie ler yang paling super duper hepi, berlari kesana sini,
bebas katakan. hehe--
Even dekat sini derang bebas bawak dog ke park pun, takde ler takut sangat sebab
doggies tu sume ber'leash'  so rasa selamat ler sket.
tapi jangan tak tahu anak aku neh, ingat dog tu cam kucin'.. Nampak dog je
super excited dia nak pegi dekat dog. huhuhu--
aku je ler yang seriau, maleh nak men'yamak' katakan.hehe--
Momy Zahin~ Yes im 30th years old!
Mr & Mrs AiDi nak ber romantika  sket. kekeke
Us~ Papa, Zahin & Mama
Aku pasti akan merindui saat-saat bersuka ria macam neh, walaupun kteorang just ber-3 je
tapi kteorang sangat hepi mengharungi hidup sebagai anak perantauan
dibumi asing tapi ohsem neh-- hahah
Aku pasti akan merindui New Zealand! iskiskisk--


" The Love of a FAMILY is life greatest blessing"


Thanks for reading our JourNey!
Anneyong--


heart clip art

Wednesday, January 22, 2014

Pumpkin Patch-- Obsess

Salam--

Yes aku mengaku aku memang sangat-sangat-sangat Obsess dengan baju Pumpkin Patch.
errkkk.. bukan baju untuk aku.
baju untuk anak aku~-- akukan obsess dengan baju budak. so dah ada anak nie
bertambah-tambah ler tahap ke'obsess'an aku ---- eerrr apa punya bahasa daa..
honesty aku cakap aku memang pantang tengok baju budak.
dari belum kawin, sampai dah kawin sampai dah ada anak-- tahap ke'obsess 'an aku
semakin kronik--
tak kisah ler baju gegirl ke boys ker.. janji somell aku sebat^_^

Salah satu outlet dekat Auckland CBD~ nampak tak SALE? Aku pantang kalu dengan sale..hehe
Dan dekat Nz neh, aku bertambah obsess dengan baju-baju Pumpkin Patch.
boleh dikatakan dari baju, jeket, seluar, stokin, kasut si zahin tuh sume
dari Pumpkin Patch.-- aku suka dengan design and materials dia. 
macam cotton-on pun
aku suka jugak, sbb kain dia lembut dan macam best jer, tapi yang tak bestnye
kalu cotton-on kena basuh guna tangan, kalu aku basuh guna washing machine abes ler baju tu
jadi kembang semacam. dah tak cantek.
tapi kalu baju pumpkin patch, aku basuh je guna washing machine. ok je baju dia--
sebab tu ler aku bertambah obsess dengan Pumpkin Patch punya baju.. huhuhu
Ditambah pulak, seluar dia ada adjustable waist, takde ler londeh2 seluarnya--
maklum ler pinggang zahinkan macam kerengge, memanjang je kena adjust pinggangnye..
bila ada suar yg ada adjustable waist nie senang le sikit--


Tapi yang menjadi masalahnya, biler aku balik Malaysia nanti! uwaaaaa..
aku dapat bayangkan jarang ler kau dapat bershopping sakan dekat Pumpkin patch
sebab nya price dekat malaysia sangat mahal compare dekat Nz.
dekat Nz, takde murah giller, tapi mampu afford ler untuk baju-baju dia.
tapi kalu dekat Msia mungkin hanya mampu tengok je ler.. huahauahu

sebahagian baju zahin belum muat nak pakai lagi-- memang beli saiz yg besar sikit untuk bawak balik--
Mixed and match gitew -- short pants for summer.
For my niece--- beli masa Pumpkin Patch sale besar-besaran tuari -- Skirt tu just for 8 dollar satu.
oleh sebab aku dah nak balik Msia, aku pun apa lagi borong ler baju-baju dari Pumpkin Patch
untuk zahin PLUS untuk adek zahin sekali! curlastt tak?
errkkk tapi aku tak ngandung lagi..hihihi aku beli siap-siap. kikiki
sebab tu aku cakap aku sangat obses-- belum ada lagi pun aku dah belikan siap-siap..
tak pe motivasi untuk aku tuh untuk menambah. hahahah

baju baby in future -- muahahahaha-- siap beli wana pink lagi! 
tak berape ingat price bodysuit nie satu brape? tapi rasa nya below 20 dollar per set.
kerana mamanya obsess dengan Pumpkin Patch, head to toe sume dari pumpkin patch.
so kalu korang ada yang nak kirim, sila ler bagitau yea. aku balik insyaAllah
middle of March ni, boleh bawak balik skali.
hari tu memang aku ingat nak jual online jer. tapi dah survey postage dari Nz ke Malaysia
sangat mahal. so kira-kira tak berbaloi sebab tu ler aku tak jadi buat
bisnes baju online nie.. hhuhu


Thanks for reading our journey!
annyeong^___^






heart clip art

Speechless

itu yang aku boleh kata skang..
SPEECHLESS

berdiam-- menyepi--kerna aku penat
lelah-- sakit--
Jeritku pada bulan, biarkan lah--
Ucapku pada Tuhan
Alhamdulillah--

berbedakah aku dengan kalian?
Alhamdulillah


Kawan-kawan kenapa mau lawan?
kitakan kawan--
Dulu sama-sama kongsi kopi secawan?




  • Kawan - Kawan Kenapa Mau Lawan Kitakan Kawan Dulu Sama - Sama Kongsi Teh Secawan Kawan - Kawan Kenapa Mau Lawan Orang Lain Maju Kedepan Orang Kita Cari Jalan Jatuhkan Kawan Kawan - Kawan Kenapa Mau Lawan Kan Ke Cukup Rezeki Tuhan Buat Kita Ramai - Ramai Makan Kawan - Kawan Bukan Nak Cari Lawan Sekadar Nak Ingatkan Teman Hati - Hati Dengan Gunting Dalam Lipatan Kawan - Kawan Kita Sama - Sama Cari Makan Bila Fikir Masa Depan Jangan Tabur Pasir Dalam Periuk Kawan Kawan - Kawan Cuba Dikaji Orang Tua Pesan KAWAN JADI LAWAN LAWAN JADI KAWAN
  •  

 heart clip art 

Monday, January 20, 2014

Flowers ^___^


Flowers are our greatest silent friends-- 

depan subway jer, sebelah kedai sushi-- ia ditanam--
mekar subur ditanah berapi-- 
 ----------------------------------------------------
Aku memang suka tengok bunga-- sebabnya bunga canteks plus kaler dia sangat
menarik bagi aku ler--
sebab tu aku sangat suka capture gambor bunga-- tak kesah ler bunga tepi jalan ke,
tepi kedai ker? dalam taman ker? dekat sebelah umah macit kiwi ker?
janji aku nampak bunga yang samteks plus menarik bagi aku 
pasti akan ku capture gambor bunga tersebut.

kalu ada yang tanya untuk aper?? -- 
untuk kepuasan diri aku sajokk.. tidak lebih dari itu..hehehe
so aku sharekan ler dekat belog aku ini-- untuk tatapan aku dikemudian hari--
cewaahh--



Bunga yang aku capture nie dari tepi kedai sajok.. nampak canteks terus aku teruja nak meng'capture'nya..
Nama bunga neh aku pun tak sure nama ghapo.-- tapi kalu dekat Msia orang slalo guna untuk hias dekat pelamin kan? setau aku selain dari bunga rose, bunga neh pun pemes gak 
digunakan untuk menghiasi pelamin gitew-- cewaahhh bajet-bajet macam weeding planner lak aku.--


sangat mengagumkan bagi aku, sebabnya bunga neh satu pokok tapi ade diff kaler--
menarik kan? heheh---
---------------------------------------------------------------------
Flowers always make people better, happier and more helpful; they are sunshine, food and medicine to the soul -- Luther Burbank

cheers,
NzMoments

heart clip art

Thursday, January 16, 2014

Strawberry PickiNg ^_^


Aku rasa dah macam activiti wajib kteorg dah dekat Nz nie tiap tiap taun..herhe
"Strawberry Picking"

Fresh From Farm~ aku tolong promote sikit ladang ini.. hihi
 ---
aku memang suka pun pegi picking-picking nie.. sebabnya boleh makan terus kiranya fresh from farm ler gitew.. Manis buahnya.
kalu waktu Summer nie, Strawberry, Blueberry, Raspberry yang sume  family berry-berry ler boleh dikutip. tapi sume tu bukan dalam satu farm ler lain-lain farm. 

ada yang dah ranum ya amat ada yang masih hijau lagi.
besar giller kan farm dia.nie  baru  satu seksyen, dia ada banyak sekyen lagi. tapi kami
tak larat nak pusing sume, satu seksyen ni pun tak abis pusing.
---
Aku baru pegi Strawberry farm jer, yang lain-lain tuh belum pegi lagi.
Strawberry Fram nie dekat je dengan area umah kteorg. tapi dia area Sub-urban ler
sangat besar hokey strawberry farm dekat sini-- sebab tu ler derang tak kesah pun kalu ko 
nak makan terus dari pokok.,tak luak pun katanya..hehehe --
tempat yang kteorg pegi ini nama farm dia
  "Sweet Red Strawberry" 15 minutes je dari Downtown Auckland.
masuk percuma itu yang pasti! hehehe.. pastu kalu ko nak makan dalam tu makan ler
banyak mana yang ko larat. kalu nak bawak keluar NzD 8/ kilo.--
berbaloikan?/ sebab tu ler kau suka pegi Farm ini. hihiihi

tengok zahin gigih btoi mengutip strawberry. syok kutip je, makan nya tak pun--
Takde maknanya aku tukar2 baju dekat farm neh, hihihi~ nie hari lain pulak aku pegi lagi
kan kata best sangat pegi kutip strawberry, harus ler aku pegi slalo.. kikiki
owh strawberry ini boleh start di petik mulai 26 dec - February setiap taun. rasanya tengah 
february kot  last boleh pick. After tuh dah tutup.

My cutie pie strawberry picker~ 19 months old 
Si Zahin pun suka jugak nak memetik, tapi kalu dia yg kutip sume dia kutip, yang hijau pun 
di sebat. janji yang tergapai dek tangan dia. heheh
dulu-dulu masa taun lepas dia suka jugak makan strawberry, kali ini pegi dah tak nak.
nak kutip je plus nak baring atas pokok strawberry tuh. -,- 
iskiskisk.. 

Us~ from Sweet Red Strawberry farm, Nz
Owh ada yang tanya Summer dekat Nz ni panas tak?? yang aku boleh cakap suhu dia 
paling panas 25 degree-- itu paling panas dah tu. slalonya feel weather dia
rasa macam dok Cameron Highland je, kalu time Summer ini. tak panas.
cume matahari dia je lama sampai kol 9 malam pun masih ada matahari lagi. gitew ler.
Isyak pun kol sepoloh lebihkan. 



Thanks for readiNg our JourNey!
annyeoNg ^___^


heart clip art

Friday, January 3, 2014

Summer!! ^_^

Salam guys ^^_

Jalan-jalan sekitar North Island, Nz ~ kemana lagi biler time Summer kan?
pasti ler sume akan ke beach ataupun ke waterfall~-- dan aku memang paling suke ke waterfall pun. rasa nyaman jer.. masuk hutan kan? hahaha
kali neh kami ke kite-kite waterfall & Piha Beach!! 
one hour ler driving from Auckland city. tak ler jauh sangat pun kan?


WaterFall kat Nz neh tak sama ler cam waterfall dekat M'sia.. kalu dekat M'sia waterfallnya
banyak batu-batu dan sungainyer macam panjang sket kan? (aku refer waterfall dekat umah aku oke)
tapi dekat cni waterfallnyer, kecik ler bagi aku. and ada satu jer pool yang besaq.
so kalu ramai-ramai, sume berkumpul dekat situ je ler. 
kalu dekat M'sia kan bertingkat-tingkat waterfallnya, so bagi aku lagi beshh ler dekat Msia ^__^
plus waterfall sini airnya??..  Ya Rabbi punya ler sejuk! macam berendam dalam ais jer rasanya
walaupun time summer!
eerrrr jangan tanya aku camner si kecik tuh menahan dok dalam air. tapi kejap je dia pun
dah gigil-gigil dah.~


Aku rasa satu sifat terpuji org-org Nz neh dekat waterfall or beach area Nz neh, sume nyer bebas dari sampah sarap!
memang takde orang pun buang sampah~ 
derang akan bawak balik sampah sendiri oke. takde pun tinggal-tinggal dekat area picnic.
sangat-sangat-sangat buat aku respect! and love-love-love Nz~

with my beautiful sisterhoods in Auckland!~ Much love!
Zahin, mama & Daddy at Kite-kite waterfall, Nz

Lepas mandi manda serta berpiknik sakan dekat waterfall, dah sejuk-sejuk tuh terus ke Piha Beach pulak. -- kononnya nak ber'sunbathing' ler sorang-sorang. hahah
Piha Beach nie memang terkenal untuk ber 'surfing' sakan, sebab ombaknya sangat kuat.
tapi ada ler area untuk mandi. derang tanda dengan Flag ler. 
Pasir dekat Piha Beach nie, kaler hitam! dan disebabkan summer, pasir tuh sangat ler panas
Mr. AiDi ler yang cakap, macam nak melecur kaki katanya. 

dengan topi K-Pop nyer, aunty pani yang punye~
Aku tak rasa ler, sebab aku duduk dekat tempat area rumput-- hehe.. aku mencari pokok jer 
untuk berteduh, maklum ler panas kan? rasa macam dah sunburn dah. hohoho
si kecik zahin hepi ler, sebab boleh berlari kesana sini. dia ke laut pun sekejap jer
' tak larat nak ber'sunbathing' ler tue. hihi


Thanks for readiNg our JourNey!
annyeoNg ^_____^




heart clip art
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...