Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Monday, October 28, 2013

Rotorua (: Buried Village!

Salam my Lovers!

Catatan hari ke-2 ke short vacation di Rotorua, New Zealand
kami ke Rotomahana, salah satu kampung yang yang telah terkubur akibat daripada
letupan guNung Berapi Tarawera pada June 1886.
hampir 127 tahun yang lepas..
kampung neh sekarang telah dijadikan tempat lawatan bersejerah gitew..
kesan kesan rumah yang musnah akibat daripada letupan neh dulu
masih ader lagi,


Letupan Mt Tarawera neh boleh dikatakan letupan paling besar jugak ler dalam sejarah New Zealand
dia punya letupan boleh didengari sampai ke Auckland! wowww!!
beratus-ratus kilometer tuh..huhuhu
skeriii hokey...


Tak berapa nak clear picture kat ataih neh.. dia ada citer Chronology letupan Mt. Tarawera neh.. 
start letupan pukul 1:30 am kot.. so bayangkan ler malam-malam buta tuh
mesti ler sume orang tengah tido. musim winter pulak tuh..huhu tetiba berlaku eruption pulak.
yang teruk pulak tuh, sebab last eruption tuh pukul 5:30 a.m.. lama tuh..
tiga puncak sekali meletup berturut-turut, sebab tuh ler sangat teruk


Antara barang-barang yang terdapat dikampung tuh semasa letupan gunung berapi Tarawera,
 yang di jadikan bahan sejarah.
Mengikut Tour Guide (i-pod) jer, habis ranap rumah-rumah disini.. tapi orang masih ada yang selamat


Jangan main-main zahin nak pump air untuk diminum tuh..


Neh aku amek gambor didepan rumah Dukun dikampung neh, ekceli rumah neh dah tengelam 
dek lumpur + rock yang dimuntahkan semasa letupan tuh.
tapi derang dah korek balik, so nampak ler bentuk rumahnya..
yang menariknyer pasal dukun neh, semasa letupan tuh berlaku beliau tak sempat
menyelamatkan diri pun,
dan beliau tertimbus didalam rumah sendiri. selepas 4 hari baru orang jumpa dan selamatkan beliau.
masa diselamatkan tuh beliau masih hidup tapi macam dalam trauma. 
seminggu lepas tuh kot beliau pun mati.
dan dikatakan disebabkan "kemarahan" beliau ler Mt. Tarawera tuh meletups! katanyaaaa..
hehehe


Di hadapan tapak hotel Rotomahana yang ranap sama sekali dan dah tenggelam!
 satu-satunya hotel di Rotomahana pada masa tuh.
sorang mati di hotel neh, dia sempat buat catatan semasa letupan tuh. tapi tak sempat selamatkan diri..huhhu

ok setelah dah pusing-pusing jalan di Buried Village neh, kami try hiking pulak,
eerrrr jungle tracking ler, hiking tuh macam ganas sangat pulop..hhuhu
track yang digunakan pada zaman dahulu untuk ke Lake Rotomahana
tapi dulu mungkin takder ler kot tangga-tangga tuh.. 
tangga yang sangat curam hokey!


Nampak tak si kecik zahin kat belakang ddy zahin tuh? diam jer dia kalau masuk hutan.
suka sangat nature - nature neh. kalau bawak dia tracking dalam hutan memang dia akan diam jer
kekadang tuh tak berbunyi pun soranya.. kagum betul dengan alam sekitar kekdahnya..
so kami declare kan team kami pada hari tuh
Zahin's the Explorer!  sesuai sangat.. bhahaha


So setelah lebih kurang 15 minutes kot jungle tracking neh, akhirnyaaa... 
kami jumpa pun waterfall neh siap dengan rainbow!
nampak tak nampak tak?? hehe.. picture air terjun tak amek full pun
picture rainbow jer lebih ^__^
owhh Parents in Law tak join team 'zahin's the explorer' kali neh
sebab track nyaa sangat-sangat mencabar minda serta kekuatan! 
kena lalu tepi lereng bukit, kena turun tangga yang sangat curam serta licin lagi
kena panjat bukit lagi..huhh! memang mencabar kasut den.. eehhh tetibe
so memang tak di advices kan kepada orang-orang tua serta ibu mengandung..


View dari check point yang paling tinggi.. sangat chantek ciptaan ALLAH swt..
nunnn jauh disana nampak sipi-sipi Mt. Tarawera  seberang tasek dihujung sana
dan disebabkan ada gunung-gunung neh, so masa eruption tuh berlaku
so ter'cover' ler cikit kampung neh.. kalu tak pasti kena direct! huhu


Tak pasti nama bunga neh aper, tapi sangat chantek! 


Nampak tak zahin sangkut kepala dia dekat bahu "orang" tuh.. muahahah
 kelakar jer!


Picture of us, dihadapan pintu masuk ke Buried Village neh.
Done activity ke-2 kami di Rotorua neh ! menarik juga amek tau sejarah orang lain neh..
hihihi


Kami ke Lake Tarawera,
 nun dihujung sana ler Mt. Tarawera. sekarang tidak aktif lagi rasanya.


Thanks for readiNg our JourNey!
annyeoNg ^___^

heart clip art

2 comments:

Reflisia said...

OMG menariknya...yunk, pictures yg sangat cantik and buat i nak terbang ke sana juga la....uwaaaaa

Neway i want more pict, story and tips to be there =)

NrlAidaHml said...

Bestnyaa..tempat semua cantik2..esp yang waterfall yang ade rainbow tu..unik sangat..Best dapat timba pengalaman kat tempat orang kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...