Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Saturday, October 17, 2020

Coronovirus

 Salam 2020


Masih PKPB di selangor.

Masih coronovirus di merata-rata tempat

Masih vaksin belum ditemui

Masih terperuk didalam rumah

Masih hilang hak kebebasan yang dirasai sebelum ni.


Ya Allah,

Hapuskanlah virus ini dari muka bumi mu ini

Ya Allah,

Ampunilah kami umatMu yang sentiasa ingkar kepadaMu

Ya Allah,




heart clip art

Wednesday, January 8, 2020

Gift From Heaven : Princess


Assalamualaikum

3rd gifts from Heaven!
 8 Nov 2019
Allah kurniakan rezeki buat kami sekeluarga
Akhirnya after 3 years 9 months
(after zaarif dilahirkan)
Alhamdulillah keluarga kami menimbang seorang lagi cahaya mata.
kali ini Allah SWT kurniakan untuk kami baby girl pulak.
Alhamdulillah syurkur kehadrat ilahi!

Jika tanya tips apa untuk dapat baby girl, sis memang takde tips apa2 pun.
Alhamdulillah segalanya kerana Allah SWT yang Maha mendengar serta Maha mengetahui...
.
So sekarang ni sis dah ada 2 boys and one girl. InsyaAllah dah boleh tutup kilang dah kot ni =p
.
pengalaman mengandungkan baby girl ni sangat2 mencabar. huhuh
actually sis dapat tahu mengandung ni masa bulan 3 aritu
masa tu kelas master sis dah start laa.. boleh dikatakan awal2 semester lagi laa.
 one or two weeks after dapat tahu sis preggy tu
mula laa morning sickness yang superduper teruks gilosss!!
super teruk laa.. memang asyik muntah je. all day the sickness.
boleh dikatakan siap masa sis akan muntah. huhuhu
selang setenggah jam/ sejam sis akan muntah.
dan menda ni setiap hari. huhuhuh
selera makan langsung out. tak leh makan langsung.
drip air 2 kali.
so kelas master sis pun selalu laa tuang kelas. pegi kelas pun boleh muntah lagi.
masa ni mmg rasa sis mengandung babby boy lagi ni
sebab orang kata klu mengandung baby girl ok- takan teruks sangat morning sicknessnya.
katanyerrr je laa..
lama juga laa sis bermorning sickness ni,. boleh dikatakan 8/9 minggu juga laa..
masuk bulan puasa pun masih muntah lagi,

Masa ni sis dah ok dah ni. Lepas presentation subject monitoring system mechanical. Masa ni kandungan sis 4 bulan macam tu.
Masa sis nak pegi ViVa ni. tenggah tunggu turn. Masa ni kandungan sis dah 29 minggu

sis cuba puasa mula2 tu. lepas puasa tu sis rasa macam ok laaa..
waktu bukak puasa je sis akan muntah. masa lain sis ok.
sis dah hepi2 dah, sebab muntah dah makin baik.
mungkin berkat bulan ramadhan al Mubarak. ^__^
tapi lepas jumpa doctor, doctor nasihatkan sis jangan puasa lagi.
disebabkan kandungan masih baru, then sis baru baik dari morning sickness yang teruks ritu
so sis cuma sempat puasa 3 hari jelaa.. (mampuih nnt nak menganti.)
tapi lepas 3 hari puasa tu sis dah back to normal balik dah.
masih muntah, cuma jarang sangat dah.
sis hepi!
.

Sis masa raya. dah 4 bulan rasanya time ni.

itu fasa mengandungkan baby girl sis. after bulan puasa tu sis memang dah ok sangat dah. takde masaalah apa-apa pun dah.
tapi sis kena GDM masa mengandung kali ni.
1st minum air gula tu tak sangkut. selamat.
tapi kali kedua kena minum tu, sangkut laa pulak. huhuhu
so start laaa GDM punya diet lak.
.

Sis pergi bersuka ria dengan anak2 di Sunway Lagoon. Masa ni dah 38 minggu dah. hehehe

Pengalaman bersalinkan baby kali ni, Alhamdulillah dipermudahkan segalanya.
actually due sis 10/11/19 iaitu hari ahad
so nurse dah siap-siap pesan klu tak bersalin lagi sabtu tu kena p hospital dah. kena induce!
scary dengar induce pun.
.
5/11/19 - selasa
sis konvo. sesi sis di petang hari itu. kiranya hari selasa tu sis ok je.
takde sakit apa2 pun. sis gumbira je pegi konvo. heheh
After convo hari rabu tu - 6/11/19
kteorg ke Tamu hotel & Suite KL.
hubby sis ada meeting dengan KPT dekat hotel tu
so kteorg packing siap-siap barang untuk bawa balik ke penang or ke hospital berdekatan laa
hehehhe

Di Tamu Hotal & Suite KL, Best Hotel ni siap nampak KLCC n Menara KL lagi dari bilik
Bilik pun besar. Hotel ni dekat Kg Baru. 

Sehari sebelum bersalin. dalam keta ni otw balik penang.

Hari khamis 7/11 tu, after Mr AiDi habes meeting dengan KPT around tengahari macam tu kteorg siap-siap dah nak bertolak balik ke Penang
Memula plan mmg nak bersalin di An Nur or Addora Hosp tu je
Tp memandangkan adik sis yang nak jaga time pantang nanti
so kteorang decide balik bersalin area sana laa
kteorg plan bersalin di INS, Aloq Sataq
so hari khamis tu sis sampai penang pukul 8 mlm
makan, rehat,sembang-sembang, releks2 je..
sis rasa macam bersalin hari ahad juga ler ni.
lepas tu around 3 am tu dah rasa sakit macam senggugut. kerap juga ler 5-10 minit
tapi takde laa sakit sangat
just rasa macam senggugut je. time tu sis tak tido lagi pun.
dekat2 nak bersalin lagi susah nak tido. hehe

Lepas tu around pukul 5 pagi tu sakit tu macam kuat sikit.so sis kejut Mr AiDi kata ajak pegi hospital
bajet nak pegi pagi esok je.
tapi sis takut pula jem pulak pagi2 nanti. dah laa jauh Bertam-Aloq Staq tu
so siap2 pegi. anak2 tinggal je dekat umah adik sis tu
OTW perjalanan tu sis dah rasa sakit kejap2 dah. tambah2 bumping2 dalam keta
lagi laa rasa sakit pinggangnya. hehhe

sis sampai INS pukul 6:30 am, nurse dekat situ tanya ada turun tanda or air ketumban pecah ka?
sis kata takde pun cuma sakit macam senggugut je
bila derang check jalan, rupanya dah bukak 6 CM!!! OMGGGGG
sebab sis langsung rasa tak sakit mcm nak beranak pun.
sakit senggugut je.
lepas tu nurse tu tanya nak ambil epidural tak? sis taknak laa
dah 6 cm nak ambil buat apa. heheh

so sis layan laa contraction tu dengan husband sis, sementara nak tunggu Doc Annuar sampai
pukul 7:30 am dah bukak 9 cm dah pun.
then derang dah kol Doc dah pun. Doc pub otw nak mai dah.
pukul 8 mcm tu Doc sampai, Doc pecahkan air ketumban.
bila dah pecah tu.. time tu laa baru rasa sakitnyer.. heheheh
tadi-tadi sakit biasa2 je. hehhe
8:29 am sis selamat melahirkan seorang baby gegurl. Alhamdulillah
Allah permudahkan urusan sis bersalin.

Baby girl sis! selepas beberapa minit. merah!

lepas dah bersalin tu Doc tu kasi sis ubat tido, untuk depa jahit luka.
sis pun tak sedarkan diri. sampai derang kejut untuk bawa ke bilik.
keesokan harinya tu sis dah boleh balik dah pun
baby sis Alhamdulillah takde kuning.
takde pertua apa2 pun sis amalkan masa mengandung.
Tapi anak2 sis memang semua takde kuning. sebab darah kot. darah kteorang AB

Itu laa pengalaman sis mengandungkan serta melahirkan anak gegurl.
Sis InsyaAllah dah tutup kilang dah. =p
.
.

Thanks for reading My JourNey!

Tuesday, December 3, 2019

Unforgettable year 2019


Salam...

Tahun 2019 dah nak habes dah pun, baru sis nak hupdet blog. 
Maklum laa sekarangkan zaman IG berleluasa
So update IG je laa selalu. Hihihi
.

Year 2019, mmg unforgettable year. Nak kata best of the year pun idok laa..
Tp macam-macam terjadi dlm hidup sis bagi tahun 2019 ni. Huh!
 .

Awal tahun hari tu, berita sadis berlaku. Abang sis no 2, di sahkan mengidap kanser tulang stage 4! Huhuhu
Tahu-tahu dah stage 4, then kebarangkalian untuk pulih tu tu sangat tipis. 
Doc bagi jangkaan boleh hidup 6 bulan je lagi.
Tapi takdor tuhan mengatasi segalanya.
Tak sampai 3 bulan dari berita sadis tu,
Abang sis dah pergi mengadap ilahi pada bulan puasa. 
Al-Fatihah untuk Arwah abang sis
Sis sayu sangat. Dia laa satu2nya abang sis yg banyak sapot sis waktu sis belajar diploma dulu 
Moga Allah SWT tempatkan arwah di sisiNya. 
Aminnrabbilalamin


 .

Next, dalam berita sadis abg sis tu, sis disahkan mengandung. Alhamdulillah after 3 years
Allah bagi lagi sis rejeki. 
Alhamdulillah..
.

Next 5/11/19 hari tu sis konvo Master sis! Yeahhh!!!
Ehh, tapi bukan master by research yg sis buat berkurun tu ye. 
Master tu sis dah benamkan kedasar lautan paling dalam sekali. Hihihi
Yang ini sis graduate Master by cousework or Master Engineering.
Alhamdulillah.. 
Sis berjaya habeskan dlm masa 12 bulan. 
Sis start bulan 9 tahun 2018 then sis habes bulan 9 tahun 2019. 
Memang sis pulun habes-habesan laa.
Mengandung 7 bulan pun, sis rela usung perut pegi buat experiment dekat Lab 
Bermain dengan minyak2, dengan mesin2, dengan besi2.. 
Tapi demi dak habeskan dalam tempoh setahun, sis gagahi juge. Hehehe
Alhamdulillah sis berjaya habeskan dengan pointer 3.72/4.00
Sikit lagi nak pakai selempang. Hohoho
Tp UKM takde selempang bagai. UiTM juga ada. 😉
.

Sidang 8 - Konvokesyen UKM ke- 47- Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina

Seminggu sebelum konvo sis pegi photoshoot, takut-takut tak sempat konvo. heheh
masa ni sis preggy 38 minggu

Sis dengan classmate sis. Muda lagi budaknya baru 23 tahun dah complete Master!
salute arr.

Suku dari classmate sis. Kitaorg yg grad tak ramai 7/8 org je yg GOT.

Next 8/11/19, 3 days after konvo. Sis berjaya lahirkan baby girl chuols!
Akhirnya sis bukan lagi the only flower in MrAidi Family dah.
Kena share dah dengan baby girl sis. 🤗
Nanti sis buat entri lain pasal baby girl sis.
.
Baby girl sis. 8 Nov 2019. Friday. 8.30 am

Owhh last untuk tahun 2019 ni. Finally after 9 years of marriage
Kami dah berjaya beli rumah!!!
Alhamdulillah...
InsyaAllah hujang tahun ni dapat masuk rumah baru. 
 .

Itu saja laa corak-corek untuk tahun 2019 ni. 
Ada kenangan pahit dan ada kenangan manis
Itu baru laa dinamakan kehidupan. 😉
.

Salam sayang dari sis
Ketemu lagi tahun 2020






Monday, September 10, 2018

10 September : Win the battle Loss the War

Assalamualaikum

Hari ini genap setahun ayah mertua aku pergi mengadap ilahi
Yes its hard to believe yang dia takde
Kadang-kadang tu aku rasa dia macam pergi holiday dekat tempat yang jauh je..
Tapi hakikatnya... Urrrmmmm
.
Yes, aku memang agak rapat dengan fil aku masa dia ada dulu
Aku anggap dia macam ayah aku sendiri je
Dia pun treat aku macam anak dia sendiri tak macam menantu pun
Sebab tu bila dia takde, aku antara insan yang agak terasa dengan kehilangan dia.

Mak mertua aku lagi laa terkesan.
Yang tu memang takyah citer. Kita yang laki
Pi outstation pun dah tak senang duduk.
Nie yang duduk bersama takpernah berpisah selama lebih 42 tahun
Boleh laaa bayangkan feeling dia macam mana kan? Huhuhuhu
Aku memang respect laa dekat mil aku
Selama fil aku sakit dekat spital lebih
2 months tak silap aku
Selama tu laa, mil aku takpernah sehari pun
Tinggalkan ayah mertua aku dekat dekat spital.
Selama 2 bulan tulaaa mil aku tido atas kerusi kat spital
Bukan anak2 taknak gilir-gilir jaga. 
Puas pujuk, tapi memang dia taknak.
Dia memang nak berbakti sampai ke hujung nyawa laa kiranya.
Memang aku tabik spring laa..
Sampai sekarang,boleh kata setiap hari dia akan kekubur arwah. 😣
.

Pada yang tanya ayah mertua aku sakit apa?
Actually dia takde sakit yang kronik pun
Biasa laa bila tua-tua dia macam rasa sakit
Dalam perut macam gastric je 
So pergi check Dr. dia kata ada polip dekat usus
So kena buat minor operation utk buangkan polip tu.
Bukan high risk pun opt pun. Just tebuk lubang mcm org buang appendic je je kata Doc.
So after raya 2017 ayah mertau aku pun
Ready laa utk buat opt.
Tapi malangnya dari minor opt turns to major opt. 
Dari major laaa melarat-larat hingga akhirnya.
Ayah mertua aku meninggal bukan sebab penyakit polip dkt usus tu
Dia meninggal sebab kena pneumonia
Pelik bukan? 
Tapi itu laa. Kita hanya merancang..
Dan DIA juga merancang
Dan sesungguhnya rancangan DIA juga laa yang terbaik
.


Al-Fatihah untuk
Haji Alias @ Ales Bin Ramli
Semoga Allah swt tempatkan Ayah di taman-taman syurga NYA
.

We miss you Ayah
Damai laa disana. 

Tuesday, December 26, 2017

Qdees Fee 2017


Salam semua ^__________^


Dah nak masuk new year baru aku terkedek kedek nak hupdet pasal sekolah babang. huhuhu
last post hari tu aku ada citer pasal Pre Skool zahin 
after ke Taska FACE di UPM, dalam bulan 8 hari tu aku tukarkan zahin ke Q-Dess.

ok sambungannya lah kenapa aku tukarkan sekolah zahin
1st sekali sebab jauh dari rumah, so susah kalau ada apa-apa
so aku cari ler preskool yang dekat sikit dengan rumah.
tuari masa zahin 4 yrs old aku dah hantar dia ke Smart Reader, so kali ni
aku nak try preskool yang lain pulak.
so survey punya survey last-last aku decide untuk hantar ke Qdess.
Yes aku tahu dah nak habes taun dah pun. huhuhu
tapi aku terpaksa dan dipaksa. HAHHAHA
aku pun kol ler pengetua untuk Qdess tu then berharap derang boleh ler consider untuk zahin skool kat situ.
Alhamdulillah derang terima, tapi banyak juga ler kena soal dengan teachernyer
yeler sebab dah akhir tahun dah pun.
derang kasi zahin masuk dulu dalam awal bulan 8 tu untuk orentasi katanya.
so masuk ler si zahin.
Alhamdulillah dia suka sekolah tu. mungkin sebab banyak belajar
YES! anak aku ni pelik sikit dia suka ke sekolah yang banyak belajar.
macam smart readers tuari pun dia suka, but bila masuk FACE dia tak berapa nak ke sekolah
sebab katanya asyik main jee. hahahha pelik pelik

Adek dok makan bekal abang tak habes after skool.
uniform untuk hari jumaat pakaian sukan

so post kali ni aku nak share pasal yuran sekolah tersebut.
masa aku dok google google cari yuran untuk enroll anak masuk Qdess tuari memang susah nak jumpe pun yurun yang terbaru
so aku post kat sini kot kot ler dapat membantu. heheh

Aku mulakan dengan monthly fee untuk Qdess di area umah aku ni.
monthly kena bayar dalam RM 290 untuk program separuh hari macam anak aku tu.
kalau sampai petang tak silap aku kena tambah around RM 230 lagi kot,
so boleh ler amek sampai pukul 6 ptg
.

Yuran memula nak masuk QDess memang mengalahkan yurun master aku untuk satu sem laa.. HAHAHAH
Total yuran RM2275!
tapi yang ni Full yuran dari bulan January ler.
tapi untuk tahun ni, disebabkan aku enroll zahin masuk ke QDess tu dalam bulan 8 hari tu
so total yuran kena bayar dalam RM 1555 tak termasuk duit concert akhir derang
yang tu kena tambah lain dalam RM 180. tapi kira ok ler.
Fee structure untuk Qdess ada aku letak kat bawah ni.

Fee structure terbaru 2017

zahin masa concert akhir tahun, menang tempat ke-3 kot. 

Positivenya aku tukarkan zahin sekolah, dia lebih excited untuk pegi kesekolah walaupun terpaksa bangun pagi. heheh
dan dah boleh membaca laa.. adalah improvement dari segi bacaan in English.
tapi kalau reading in Malay. zero lah. hahahah
yeler dia masuk pun dah akhir tahun. so teacher dah ajar membaca awal-awal tahun dah
so derang takde ler fokus untuk zahin membaca dah.
sebab derang punya plan untuk next year 2018, zahin kena stay lagi dalam kelas 5 years
kiranya tak leh ke 6 years ler lagi, just for few month katanya
untuk bagi zahin excel dalam membaca katanya.

tapi aku ok je, sebab aku cuti sekolah ni dah siap-siap ajar dia membaca dah.
nanti aku buat post citer pasal zahin boleh membaca dalam masa 2 weeks je. hehe
tu nanti aku citer lain ler.

so far alhamdulillah aku suka sekolah ni, dan anak  aku pun suka sekolah ni.
Teacher zahin pun kata zahin ok je disekolah
then dia rajin kat sekolah.HAHAHA

Album kelas zahin untuk tahun 2017

Cadangan aku kalau korang nak enroll anak masuk ke QDess, bagi masuk dalam umur 5 yrs old
so sempat ler lagi dia nak prepare before masuk ke darjah 1. huhuhu
sebab kat Qdess ni budak budak 6 yrs old dia memang sume dah pandai membaca katanya
so kalau korang enroll masuk anak korang umur 6 yrs then kalau dia still tak boleh membaca
derang anak masukkan ke kelas 5 yrs old. gitewww

ok lahhh.. bye!



Wednesday, December 6, 2017

Jom Masak(: Donut Gebuuuss ^^

Assalamualaikum my Readers ^____^

p/s: post ni dok berkurun dalam draf, masa di Nz lagi dah taip resepinya. so aku publish je senang aku nak tengok resepinya. hehehe

..
Kali neh nak buat donut pulak, maklum dah lama tak masak/baking
Jom buat donut gebuuuuu..
aku paling malas nak buat kueh sebenarnyer
leceh!
tapi disebabkan teringin tahapgaban nak makan terpaksa ler
aku gigihkan diri ini jugak..hiks

klu dekat M'sia beli kat gerai jerkan? senang!
errr tapi skang mesti rega kueh naik melambungkan?
maklum ler rega gula pun naek melambung-lambung! kalah negara
yang takde kilang gula gayanyer! huks!

So korang sume pun kena ler berjimat cermatkan?
meh buat kueh sama-sama dengan aku..hihi
aku nak share resepi buat donut jer, tapi donut neh amat gebus..

bahan-bahannyer,

-2 cawan setenggah tepung gandum
1 bijik telur ayam
1/4 cawan gula pasir
120 ml susu segar dari ladang --- eerrr dari Gaint pun boleh ler
40 gm butter
1 1/2 sudu kecik yis
25 ml air suam
sedikit garam

Cara-caranya.

Memula sekali amek air suam tersebut dan masukkan yis, biar sampai berbuih.
Dalam bekas lain campurkan tepung, gula, telur, susu,butter, garam dan yis
yang dimasukkan kedalam air suam tadi.
Lepas tuh gaul/ uli sampai sebati.
Aku letak dalam bread Maker jer. senang..huhhuhu
selepas dah sebati ataupun dah lembut tak melekat dekat jar jemari
klu masih melekat letak kat jari lagi tambah tepung lagi.. agak-agak ler
rehatkan adunan tadi sehingga dia naik 2 kali ganda dari yang asal.
tutup dengan kain yang lembab.

selepas tuh buat ler bulat-bulat dan buat ler bentuk mcm donut tuh.
aku tekap dengan tudung botol untuk dapatkan ring yang tengah.
selepas tuh, rehatkan donut tuh sekejap sebelum digoreng dengan minyak yg paling panas! 
hahahaha
Siap! errr taburkan dengan gula ising sebelum dihidangkan yea.
gula lagi!! 

Sekain ler cara buat donut dari aku, bagi aku resepi neh memang gebuuu
donut dia tak keras, walaupun di goreng pada pagi hari
sampai petang pun masih lembut.
aku amek resepi neh dari My resepi rasanyer.
dah banyak kali dah buat, dan hasilnya pasti tak menghampakan,
selamat mencuba yea!
klu tak jad jgn marah aku. hahahaha
buat ler sampai menjadi
practice make perfect kekdahnyer! 


Thanks for readiNg our JourNey!
AnnyeoNg ^___^



Thursday, September 21, 2017

Zahin dan SchooL

Salam

Yezzz... dah akhir tahun baru nak tulis citer zahin dan skoolnya. hihihi
Actually tahun ni zahin dah 5 years old,
then tahun lepas pun zahin dah pegi skool Smart Reader Kids
Tapi awal tahun hari tu papa zahin kata nak try hantar zahin di skool dalam UPM
kira macam kecik kecik lagi dah masuk Uni dah ler kekdahnya

Semangat mama pegi ngator pake baju kurung munge munge lagi 

Skool zahin ni nama dia TASKA FACE under fakulti apantah. aku pun tak hengat sangat. heheh
Untuk masuk ke Taska FACE ni, memang selected kids je boleh join.
maksudnya anak-anak orang yang keje UPM je boleh masuk.
then satu kelas pun dalam 20 murid je dia ambil.
so sangat sangat limited seat ler.
Nak masuk pun Q panjang bebenor..
So?
Macam mana zahin boleh masuk?


1st day at skool. Actually hari ni cuti lagi untuk budak buduk 5 years. tapi kami dah tereksited pegi. hehehe
takpe boleh tour skool dulu

HAHHH yang tu kena thanks to Mr AiDi ler dalam kepakaran mengayat orang dekat situ
actually memang tak dapat masuk pun, sebab kiteorang hantar borang memang lambat giller
tapi disebabkan Mr AiDi ada kepakaran mengayat orang tahap gaban
sooooo... zahin terpilih ler untuk join taska FACE ni.

budak kecik ni tak termasuk ye. tak layak pun. hihi

Ibu Ibu yang sama tereksited sama dengan kami.
Fuhhhh nasib ramai lagi yang senaseb ngn kami. heheh

Waktu kelas zahin start pukul 1 ptg sampai 5 ptg, everyday.
so papa dia hepi ler sebab one way katanya
dia boleh ambil then hantar ke skool then balik nanti boleh balik sekali katanya

Toys pun banyak dalam classroom

Tempat Taska tu pun, satu building dia saja dalam UPM tu, means that building tu memang dikhaskan untuk taska ni. takde share-share dengan mende lain.
lebih privasi gituhh.
owhh taska ni ambil budak dari baby sampai 6 tahun tau.
baby-baby pun ada.
kalau baby tu lagi ler limited tempat dia. tak silap aku derang ambil 6-9 org je kot.
ratio 1:3

Ruang legar depan kelas zahin, kelas zahin tingkat 1. sekolah ni dia ada 2 tingkat je.  ground floor and 1st floor

Classroom Zahin. Besarkan. Each class ada toilet dalam kelas sendiri. so takyah keluar keluar kelas

Persekitaran pun memang bersih. Aku memang berkenan ler. dah tempatnya pun besar.
macam sekolah je. Dia ada 2 tingkat. 
bawah sekali untuk under 4 years
tingkat atas untuk 5 and 6 years n pejabat guru.
Derang punya pebelajaran pun ala-ala oberse gituh. yeler taska nikan under pendidikan awal kanak-kanak, so lecturer selalu ler buat research tentang pebelajaran tahap untuk budak-budak 
YES taksa ni sangat bagus, aku memang suka ler dengan silibus yang diajar
macam apa yang diapplykan untuk budak-budak di obersea means that di Nz ler sebab aku pernah berada disitu, memang hampir sama untuk budak-budak baya zahin
tapi malangnya silibus nak masuk sekolah dekat MALAYSIA terchenta ni
tak sama dengan apa yang derang applykan dekat budak-budak dekat situ. huhuhu

Tempat skodeng dia dalam kelas. hehe
1st week tu teacher bagi ler parents tunggu or tengok anak anak dari luar kelas.
tapi kami tak tunggu pun. tunggu ler masa 1st day aritu

Kantin dia. bersih! kantin ni kat tingkat bawah. makanan pihak sekolah serta. so tak payah
bawak bento bento bagai. hehehe

so disitu terpaksa ler aku buat calculation lain. huhuh
nanti aku citerkan pasal zahin n skool part 2 pulak. HAHHAHAH



heart clip art

Wednesday, September 20, 2017

Kau Pergi...

Salam

Sungguh sudah tertulis demi masa manusia dalam kerugiaan
Sungguh masa lah benda yang paling berharga sekali
Sungguh masa tidak dapat diputar kembali.

10 Sept 2017 12:53pm 
Perginya mengadap Sang Pencipta
Sungguh tak diduga, daripada sakit yang kita yakin akan sembuh, tapi pengakhirannya dia pergi meninggalkan kita.
Aku yakin dan pecaya sekarang tempatnya sekarang ditaman taman syurga ALLAH swt

Kadang diri ini terasa rindu
Rindu dengan gelak tawanya
Rindu dengan senda guraunya
Rindu dengan kata-katanya

Walaupun hanya 7 tahun dia bergelar ayah mertuaku
tetapi tidak sehari pun aku menganggapnya hanya ayah mertuaku
aku menghormati serta menyayanginya sama seperti Ayahku sendiri
Sungguh aku merinduinya

Damailah disana Ayah.

Terima Kasih Ayah...
buat semua perjuangan, semua kebaikan, semua nasihat,
yang telah engkau berikan untukku dan keluarga
Semoga kau tenang dan berada ditempat yang paling indah disisiNYA.


Al Fatihah
Alias Ramli (1947-2017)

Wednesday, January 25, 2017

My beautiful jourNey!

Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis di belog yang dah rabak dah ni pada tahun 2017 nie. Alhamdulillah. **Mukadimah tak boleh blah. =P
hehehe

Post pertama untuk taun ni. YaAllah Ya Rahman.
Cepat betul masa berlalu sekarang ini kan? tuptup dah masuk taun baru..
tuptup lagi dah sampai hujung taun. huhuhu
bila akhir zaman ni masa berlalu pun tak terasa pun.
Masa zaman bebudak dulu tu, rasa lamanya sehari tu nak habes. 
dah puas main merata pun, balik-balik rumah baru pukul 2 petang. 
ultraman Taro punn tak start lagi
tapi laaa ni, bangun pagi, takdan nak buat apa pun, tengok jam dah koi 12 tghari. sat ja.
satgi dok buat gheja sikit tengok jam dah koi 3 ptg. tuptup dah maghrib. huhuhu
memang cepat pun masa berlalukan?
ker aku je yang rasa lagu tu? hehe =p

Secepat masa berlalu bergitu juga ler cepatnya usia bertambah.
ntah apa ler aku merepek meraban ni. HAHAHAH
ok la.. nite.


declaration: This is my journey, and i did not force you to read my journey. =P

Tuesday, September 13, 2016

International Conference APSIM (2016)

Salam

Just nak share my experience pegi academic conference.1st time i join activity ber conference ni
itu pun sebab requirement UKM
 kalau buat Master by Research memang wajib pegi conference
 at least sekali sepanjang pengajiaan. rasanya sume Uni sama kot. hehe

Early registration_ zahin yang nak sangat pegi conference ni, iols taknak pun. =B 
Disebabkan iols dah nak habes master (plan je dah nak habes, habesnya entah bila ;P)
so my Incek Sv pun cepat-cepat ler soh join mana-mana conference yang berkaitan dalam taun neh juga. 
1st conference yang dah hantar abstract sekala bagai, sepatutnya awal APRIL hari tu.
tapi last masa nak buat payment
My Sv kata, takyah pegi ler that conference sebab jauh. Actually tak jauh mana pun. dekat penang je pun. 
tapi disebabkan kalau pegi conference tu, kena book hotel plus plus extra kos
My Sv pun tak setuju (kedekut duit actually tu =B)
Finally dia soh pegi conference dekat Putrajaya je.
dekat. takyah book hotel. Jimat katanya. +B
iols ON je. mana-mana pun ok, lagi ok sebab conference dekat putrajaya tu hujung bulan 8
so masa tu rasa macam lambat lagi so lagi lambat lagi baguih! HAHAHA

1st day conference! my session esoknya pula.
so 28-30 August hari tu berlansung ler conference APSIM di Hotel Everly, Putrajaya.
iols memang cuak giler ler untuk join conference nie. maklum ler memang takde experience langsung pun before nie.
International Conference pulak tu. mula ler rasa nak p kelas bahasa Inggeris time tu gak. 
rasa macam cuakkkknyer, nak cakap depan ramai orang. 

Dik mok nak ikut ler tu, kasi singgit upah dok umah. heheh
last present depan orang pun time FiNal Year Project yang dah bertahun lamanya tu.
tapi Alhamdulillah aura bekas bagi lecture depan students dulu tu rupanya masih ada lagi. hehe
ok je pun present papernya. takde cuak pun time present tu.
My hubby cakap, iols nie cuak je lebih.  hehe
Lepas habes conference tu, i cakap dekat my hubby,
ehh best ler join conference, nak join lagi ler.! HAHHAHA
tengok tahap keyakinan diri yang tinggi disitu. eksen je ler.
before present paper work punya ler ketaq segala bagai. HEHEHE

I'm a presenter for today! 

 After conference tu, jalan-jalan ke Alamanda pula. konon-kononnya nak celebrate ler.
nak celebrate apa pun tak tahu.hehe
Actually weols teman dik mok pegi detim dengan mira rosli uols.
tengok siap suap-suap ice cream lagi.
 jangan jeles amar bahrin yea! HAHAHA

Nak makan betoi-betoi pulak dia nie. huhu

Thanks for reading our JourNey!




heart clip art

Wednesday, August 17, 2016

DaNieL ZaariF : 6 Months!

Assalamualaikum.

9 Feb 2016 - 9 August 2016
Si adik Mok dak genap 6 bulan dah pun. perkembangan Alhamdulillah
dah meniarap seawal 5 months. 
sekarang ni fasa musing-musing plus balik balik badan.
yang lawaknya dik mok nie, ada gear gostan jer. so asek ke belakang je ler jalannyer.

Dah start solid food seawal 5 bulan 25 hari. kak ton memang suka awalkan. hehe
rasanya sama mcm abg dia dulu pun start lebih kurang 5 bulan 25 hari gak.

Makanan pertama dik mok adalah puree pear! act tak nak kasi buah-buahan lagi awal-awal nie
tapi terpaksa... 
sebabnya 2,3 sebelum start solid, dik mok asek sakit perut jer. susah nak poo poo.. hhuhu
terpaksa kasi buah-buahan supaya senang membuang.hehehe

sebabnya dik mok nie fully BF, so kalau maknya salah makan sikit, mula ler perut dia akan meragam.
setakat nie yang dikenal pasti akan membuatkan perut dik mok meragam'
kalau mama makan pedas-pedas <---- dah="" ler="" p="" peberet.="">
makan chocolate. <---- jugak.="" p="" peberet="">
terlebih minum milo or kopi <---- akan="" dik="" mendapat="" mok="" p="" sah-sah="" sembelit.="">
kesiann tengok. so terpaksa ler mama berkorban. huhu

setakat hari nie dik mok dah makan puree pear, puree carrot, puree brown rice, puree sweet potato, puree apple, puree avocado, puree pumpkin n puree oat. 
macam banyak jer. hehe.. ada yang cuba 3 days rule ada yang tak. 
macam sweet potato, baru kasi makan 2 kali pewot dik mok dah kembong bomm bomm bomm..
tak sesuai nokkksss.. 
puree avocado dik mok tak suke... tak nak makan pun. yang kita suap kuar balik.
terpaksa stop. ada lah 3 kali makan.
yang dik mok peberet puree pear, puree apple n puree brown rice!

nampak tak? sebab 1st taste dia dah rasa manis, so yang tak rasa manis sume dia taknak dah.
ngade-ngade!
macam abang dia dulu, 1st solid food makan puree brown rice, pastu vege then baru fruits.
so takde ler memilih sangat yang kita suap dia ngap jer.
si adik banyak memilih lak. 

ehh.eehh.. suap apa mende neh..
 1st day makan puree pear. terkejut dia. 

urmmmm sudap jugak. NGAPPP!!
 Dik mok nie susah sangat nak smile klu compare dengan abang dia dulu.
tapi sekali dia senyummmmmm..
jatuh cinta! haha
mama tolong kasi smile ^________^

Untu 6 months nie tak bawak lagi peggi check up sume tu. sebab dik mok baru baik dari kena Influenza B plus kena flu balik after tu pulak.
Influenza kena jangkit dengan abang.  Flu jangkit dengan mama pulak.
so sebab asik kena flu on off on off tak bawak lagi ler pegi check up.
tunggu sihat sejahtera baru pegi check up!





Thanks for reading our jourNey!




heart clip art

Tuesday, August 16, 2016

Jalinan Kasih


Selamat Malam aka gud morning!

Title hakak.. tak hengat doniyaaa punya jiwanggg! HAHAHA
sebenarnya nak tulih hepi anibesari je. tapi nampak macam cliche sangat ler pulop. 

bulan nie bulan anibersari kak ton dik nonn oitt!
sedaq tak sedaq rupanya dah 6 taun kak ton bernikah dengan habang separuh sado kak ton tu.
pelbagai onak dan ranjau berduri dah kak ton tempuhi.
sampai tercalar-calar badan kak ton kena segala jenis mak nenek duri.
daripada duri pokok nipah sampai ler keduri pook semalu kak ton dah kena.
ehhhh!! asal lak tetiba duri lak masuk neh? nampak sangat kak ton tak stabil laa nie.
maklum ler dah koi 2:33 am jam Malaysia.
sepatutnya kak ton dah p beradu dah pun. 

ok ler kak ton nak p beradu seperti adudu dah nie!
daaaaa...

owwhh lupa pulak. 
Happy Anniversary  untuk kak ton n hasben kak ton
semoga bertambah berseri-seri hendaknya.
^____ Ucapan kak ton untuk diri sendiri sambil tarik gebor selimut!

kak ton memang kanak kanak ceria uols! kak ton naik mende alah ni pusing mall! kerlassst gitew.

7.8.2010 - 7.8.2016

6 years of blessed marriage,
2 wonderful.kids,
1001 amazing adventures,
Endless happiness,
May god continue to bless our marriage until jannah

xoxo!
mama


heart clip art

Smart Reader Kids

Assalamualaikum n Selamat Malam.

Bertemu semula setelah sekiaaaaan lama menyepi. (",) hehehe
Alhamdulillah after 6 months zahin bercuti 'pantang' dirumah, awal August hari tu beliau kena pegi skool balik. =P 
Tapi kali ni dah tak pegi dah playskool yang dia pegi b4 nie. kali ni pegi skool seriyes sket.

After survey-survey skool yang berdekatan dengan rumah kteorg ini, finally masukkan je dia di SMART READER KIDS. 
senang sebab one way jalan ke opis papa. 


Zahin sited je pegi skool. takde meragam or buat perangai since dari 1st day sampai ler ke hari ni.
setiap hari dia tahu je kena pegi skool then mama takleh tunggu mcm skool dulu tu.
setiap pagi, buat masa sekarang nie maksu dia yang hantar pegi skool.
mama dok umah jaga adik baby. =B hhihihi

Ada org kata hantar smart reader habis ler banyak homework... 
ekceli takde banyak sangat pun. sehari 1 page je, kekadang je 2 pages gitew.
so far ok je, takde ler dok umah tengok tibi je kejenyer. heheh
lagipun skool 4 hours je sehari.

tapi yang lawaknyer, 1st day skool teacher dia cakap dia merungut kata
lamaaaaanyer dekat skool. bila boleh balik nie. HAHAHAHA
boring ler tu. 

Handsome tak anak mama pegi skool? BERGAYA.. heheheh

Masa nie kasut tak dapat lagi, so pakai kasut yang mana ada dirumah je. kebetulana kasut BigMax  sama tema kaler dengan smart reader ler pulak. 


Daddy amik halfday je hari ni. 1st hantar anak pegi skool. 


Mama yang terlebey esited! kawan-kawan baya mama dah hantar anak masuk sekolah rendah dah pun, mama baru hantaq anak masuk tadika. HAHHAHAH
biasa ler #teamkawenlambat.
eerrrrr lambat ler sangat =B 

After skool pickup zahin, then go to makan sushi! peberet zahin ler neh.
kali nie dia boleh habeskan 6 plates sushi tu. lapooo bebenor anak mama tu. 

DiNiyZahin dah jadi budak besooorr dah. Moga terus menjadi insan yang cermerlang gemilang  terbilang!.. ehh asal tetibe masuk motto UiTM nie? heheh 

Anneyong!
Thanks You for reading our JourNey!

xoxo
mama!

heart clip art
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...