Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Sunday, May 31, 2015

Review : Tony Roma's

Assalamualaikum

Kesahnyer beberapa hari lepas, teringin bangat seh nak makan steak-steak nie.
lalu atas keinginan yang menjulang tinggi tu
encik hasben dengan bermurah hari nak belanja iols makan di Tony Roma's IoI City Mall
Harus ler iols laju-laju memberi kata setuju tanpa memikir 2-3 kali.
Tony Roma's katakan. pasti ler laju je bila ajak.
so kiteorang pun pegi time lunch! 
kid eats for FREE tau! so zahin punya set dapat FREE ler.
tp applicable on MON-WED only. and for one kid only. klu ada 2 kids sorang lagi kena bayar ler.

Yang zahin eat appetizer for kids. Celery and carrots.    

My dish, New York Strip come with 2 choice of side dishes.
me pilih Grill Vegetable which is yang tak sedap mana pun and french fries. 
Price RM 59.90

so far review based on my taste oke..

Taste = 3/5
presentation = 3/5
 value = 4/5 
Portion = 3.5/5
Service = 4/5


Ini menu encik husben. GRILLED LAMB CHOP__ Price : RM 59.90
Boleh pilih dua side dish jugak. Encik husben as usual ler riceman kan? pasti ler pilih rice dengan steam broccoli sekali. 


Mak mertua n Pak mertua iols pulak choose Fillet Medallions and Bountiful Beef Ribs also come with two side dish. Price RM 79.90

secara overall oke je ler foods dia. takde ler sedap giller-giller sehingga menjilat pinggan mangkuk gituh!
tapi worth it ler untuk cuba. takde ler menyesal giller. hehehe
And Menu for kid, ada banyak choices juga. lima pilihan kot. Menu nie sekali dengan
appetizer, entree and  dessert.


Tapi dalam banyak-banyak tu, iols pilih untuk zahin Fish and Chips! Sedap fish and chips dia.
mengagumkan zahin boleh makan sampai one and half pieces fish fillet tu.


Antara gambar yang dicapture semasa di Tony Roma's tuari. Owhh dekat sini
untuk drink price dia lain, maksudnya tak masuk sekali dalam menu tapi FREE Flow chuols!
Isi ler berapa kali pun. ^____^



AnnyeoNg!


heart clip art

Friday, May 29, 2015

Tentang Dia :) #Zahinturns3

Assalamualaikum.


Yupp! 18. May hari tu zahin dah turns 3 years old! cepat je kan?
so as usual ler, when birthday mesti buat birthday celebration untuk si kecik zahin.
tapi takde buat besar2 pun, cukup sekadar sepotong kek je untuk taun neh.
buat untuk kita-kita aje.
ekceli memang plan nak celebrate birthday buat party. plan nak buat on weekend
tp disebabkan 
si kecik zahin kurang sihat. so postpone ingat nak buat bila dia dah sihat. 
tp bila dah postpone nie, lama-lama tak jadi ler. hihi
sori ler anak, mama mu ini tak boleh plan2 plus postpone2 last-last mesti tak jadi.

Tapi malam birthday tu, kitaorg celebrate gak ler. tapi takde celebrate mana pun
nak kasi birthday presents je. Plan asal nak bagi bila buat birthday party nanti
tapi yang lucunya, petang tu mama dok balut present dalam bilik, tetiba sikecik zahin
main terjah masuk, pastu dia tanya ler
"mama tu gift sape?", mama ckp " tu gift untuk org ler"
"org mana?" " org-org ler"
tanya dia zahin nak gift ker? laju je dia jawab nak.

pastu cakap nanti kita beli gift lain tau, nie gift untuk orang.
sekali dia nanges dahhh!! dia cakap dia nak gift orang, tak nak gift lain.

mama dah ler mudah melt, terus malam tu gak bagi! excited dia dapat presents
malam tu mula ler tido lewat, esok tak pegi skool lagi.

Malam birthday! nampak sepotong kek kecik je. hihi
 Tapi naseb baik, dekat skool zahin teachers dia memang plan nak buat 
birthday party untuk sape yang lahir bulan Mei
so mama join je. skool yang uruskan.

Polkadot balon. Gigih mama tiup pagi-pagi.
Mudah keje mama, kitaorang just bawak kek birthday, sandwich,sosej and ballons!
yang lain-lain skool yang uruskan.
so semalam dapat gak ler buat birthday party dekat zahin. =)

Happy Birthday Darling! 

Firework punya lilin, excited sume budak-budak tengok. hihihi
From instagram @Luna_dian 
kazen zahin pun satu skool dengan zahin, beza setaun je. which is kazen dia ler yang muda setahun tu.
birthday pun bulan Mei jugak, so semalam celebrate sekali gak ler.
kazen dia yang pakai baju wana pink mcm flowers girl tu.
comei je!

ok ler, sekian hupdet birthday party yang tak berapa nak party sangat.
taun depan mama plan nak celebrate dekat restaurant je.
buat surprise party! muahahahaha..




heart clip art

Thursday, May 28, 2015

#Throwback


Kemaen belog pun siap ber'throwback' segala bagai. . 
bukan hanya di IG oke..muahahahaha gelak jahat sikit
Aku nak ber'throwback' a few year ago taun 2011 masa aku memula tau
aku pregnent nak zahin.
Aku tak de citer lagi dalam belog neh. tau-tau citer aku preggy 5 bulan 
jer yang aku citer.. hehehe

"Throwback"

Ekceli aku tak merancang pun nak baby lambat ker cepat ker. cuma masa awal
awal aku kawen tuh jer aku ada merancang untuk 2 bulan 
tak nak ada bby lagi sebabnyer, aku nikah dulu then sebulan lepas tuh baru 
kenduri. so bajetnyer memang tak nak gopoh gopoh ler kekdahnyer!
sekali hambek kau, after setaun aku kawem tak jugak dapat baby.
sedeyyyy!! orang laen yang kawem sama batch dengan aku sume dah
ader baby.hhuu

Tapi lepas tuh aku pun malas nak sedey-sedey segala bagai dah.
aku anggap 'Tuhan tau mana yang terbaek untuk aku'
ala-ala macam berenti berharap gitew! hhihihi
Aku pun aper lagi enjoyy!!! hahaha
merata aku pegi berjalan.

sejenis bunga di Christchurch Nz 
Tapi takdir Allah, Alhamdulillah selepas setahun 2 bulan aku tunggu
bulan sepoloh taun 2011 aku disahkan preggy! memang sangat-sangat-sangat hepi
tak terkata! 
Alhamdulillah termakbul doa aku selama neh ^___^
memula tuh aku tak tau pun aku preggy, sebabnya aku neh bukan tetap
pun tarikh period. kekadang sebulan tak datang pun.
ingat preggy sekali tak pun.
sebab tuh ler aku tak ckeck pun klu setakat seminggu dua delay tuh
tapi kali neh aku delay dekat-dekat 2 bulan jugak kot.
baru ler aku check. maaf ler aku takde ambil gambor pregnancy test. =B

Masa tuh kteorang baru balik dari trip jalan jalan ke South Island and Rotorua
aku asek demam jer, badan tak sedap. nak telan penadol pun serba salah
last-last tuh aku check ler jugak before nak telan penadol tuh.
and Alhamdulillah 2 tiang gol!
Aku ingat lagi Mr AiDi ler orang palinnnggg happpy sangat time tuh
dalam pada Vissa kteorang time tuh, medical tak di support oleh gov Nz pun
Mr. AiDi ajak jugak pegi kinik untuk check plus kompom kan.
aku pun'layaaannn jer!' hahaha
masa tu dapat tahu lil' zahin dah 7 weeks inside my tummy!
sangat strong anak mama, mama punya ler lasak awal2 preggy sbb tak taukan  sedang berbadan dua gitew! cewwaahhh!!

Perjalanan ke destinasi ke2 terakhir sebelum ke Christchurch balik.
habes separuh Nz dah kami pusing! bayangkan ler waktu tu lebih kurang 8/9 hari kot pusing south island Nz, hampir sume tempat pegi. drive pulak tu. (wlpn bukan hakak yang drive)
tapi still kan penat kot sehari perjalanan satu destinasi ke destinasi lain tu
ambil masa 5-7 jam drive or dok dalam keta.
kematu gak ler montot. dah ler time tu keta myvi je. kteorg punya schedule mmg pack
wlpn kteorg je pun. tp sebab nak kejar masa kan?
gasak ler apa-apa pun. naseb baek tak tau masa tu preggy lagi, klu tak mesti tak jadi trip tu. hihihihi
and Alhamdulillah rezeki tuhan nak bagi, bby dalam perut pun sgt strong!
rasanya masa tu  bby baru 2/3 minggu je. hehe
baru sangat2 nak lekat, anything can happen kan klu masih stage awal2 tu.
tapi itu ler KunFayaKun, jadi maka jadi lah ia. lasak macam mana pun still lekat lagi.
Alhamdulillah.

Di bandar Twizel, sebelum bertolak ke Christchurch. Dekat bandar neh banyak ikan salmon. murah-murah je.
Tak cukup pusing South Island, balik dari South Island seminggu dua lepas tu pegi ke Rotorua pulak.
travel lagi, pun jauh gak. 5-6 jam gak rasanya.
masa dekat Rotorua tu, siap main Luge lagi! kerlasst ko kak. dah ler naik mende tu
getar-getar. seram bila memikirkan balik kelasakkan mama diawal2 preggy.
hihihi.

Ini ler sejenis permainan Luge. turun bukit yang tinggi Chuols! kerlasst hakak!

Maintain menahan pening. hahaha. bandar Roturua mmg bau semacam yang berjaya memeningkan kepala hakak!
klu tanya memang takde rasa apa-apa yang berlainan pun, cuma tak leh bau busuk sikit
mula ler loya. igtkan sbb mmg tak leh bau, yeler
sebab dekat Roturua tu ada apantah nama dia, bau sulfur kot kalu tak silap.. mmg busuk giller!
nak-nak pulak kteorg pegi melawat kawasan geothermal tu.
bau dia subahanaAllah ler kan.
berdesup tangkap ke otak! hah! hover hakak.

Hah! ini IBU segala bau BUSUK di Rotorua! bau sulfur. patut ler binatang berbisa takde dekat Nz.
Ulorrr pun boleh matik bau busuk nie.

kaka hanya mampu menahan keloyaan akibat bau-bauan ini sajokkk!
Balik dari Roturua baru nak check, itu pun sebab asek demam je. =p
memang zahin sangat strong inside me! sebab tu kena letak nama dia Dzulqarnain
sempena nama pahlawan islam pada zaman dulu yangg sangat stroNg.
macam tu gak ler anak momy!

Di Agrodome, Nz. Tengok sheep shearing. me and mak mertua me yang comeiii.. errr dengan sheeps yang comei gak.

Tapi yang lawaknyer, lepas2, tahu je preggy, terus kelepet! muntah sentiasa.
All day sickness gitew.
bby tak nak makan asid folic! kalu masuk je terus muntah.
dan masa mengandung tu mmg alah dengan bau-bau yang agak strong.
mula ler muntah.

and after lebih kurang 2 months preggy, i flew back to M'sia.. Yippee!!
tapi fly sorang je time tu. Mr AiDi tak ikut sekali.
Masa dlm Flight tu memang sangat-sangat berdoa jangan ler muntah.
and Alhamdulillah sepanjang lebih kurang 10 hours dalam Flight memang tak muntah. hehe
dengar kata baby kecik.

Sampai-sampai Malaysia, Alhamdulillah. Ingatkan dah tak muntah dah.
tapi sehari je yang ok. lepassss tu.... hurmmmmm..

nanti-nanti ler throwback balik.
ekceli post neh dok dalam draft dah dekat 2 tahun dah pun. hihihih

'I love every moment of my life'




heart clip art

My JourNey


Assalamualaikum.

Tahun nie masuk taun ke-5 aku berbelog. start dari zaman belum kawem sampai ler dah beranak pinak. Opppss silap tak berpinak lagi baru beranak sorang je. hihihi
dalam 5 taun berbelog, tak sampai setaun pun aku aktif berbelog. taun yang lain nyer 
kedasar lautan biru gitewww!! hahaha


picture lautan biru lagi aku letak. muemuemue

masa buat belog nie mmg niat nak berbelog sampeee keanak cucu, kerlasst ko!
hahaha.. 
mmg plan untuk journey aku n encik somi aku yang separa sado itew. hewhewhew
tapi lelama dah separa lemau dah nak tulih, nak-nak pulak bila dapat si Zahin dulu.
hurrmmm jarang giller boleh sentuh keypad!
banyak citer yang tak sempat nak tulih masa dia membesar.

Ekceli rugi rasanya sbb banyak yang tak sempat nak hupdet, yeler sume tu kan kenangan.
mana boleh datang balik, at least klu tulih dekat belog
biler teringat moment tu boleh baca balik. kan..kan..kan?? 

Taun neh zahin dah 3 years old! baru minggu lepas celebrate birthday dia.
laju je masa bergerak. kan?
rasa macam baru je dia baby kecik kuat nanges dulu-dulu. hah!

i love every moment of my life!


n i love scenery yang chantek! macam gambar diatas nie.
heart clip art
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...