Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, December 26, 2017

Qdees Fee 2017


Salam semua ^__________^


Dah nak masuk new year baru aku terkedek kedek nak hupdet pasal sekolah babang. huhuhu
last post hari tu aku ada citer pasal Pre Skool zahin 
after ke Taska FACE di UPM, dalam bulan 8 hari tu aku tukarkan zahin ke Q-Dess.

ok sambungannya lah kenapa aku tukarkan sekolah zahin
1st sekali sebab jauh dari rumah, so susah kalau ada apa-apa
so aku cari ler preskool yang dekat sikit dengan rumah.
tuari masa zahin 4 yrs old aku dah hantar dia ke Smart Reader, so kali ni
aku nak try preskool yang lain pulak.
so survey punya survey last-last aku decide untuk hantar ke Qdess.
Yes aku tahu dah nak habes taun dah pun. huhuhu
tapi aku terpaksa dan dipaksa. HAHHAHA
aku pun kol ler pengetua untuk Qdess tu then berharap derang boleh ler consider untuk zahin skool kat situ.
Alhamdulillah derang terima, tapi banyak juga ler kena soal dengan teachernyer
yeler sebab dah akhir tahun dah pun.
derang kasi zahin masuk dulu dalam awal bulan 8 tu untuk orentasi katanya.
so masuk ler si zahin.
Alhamdulillah dia suka sekolah tu. mungkin sebab banyak belajar
YES! anak aku ni pelik sikit dia suka ke sekolah yang banyak belajar.
macam smart readers tuari pun dia suka, but bila masuk FACE dia tak berapa nak ke sekolah
sebab katanya asyik main jee. hahahha pelik pelik

Adek dok makan bekal abang tak habes after skool.
uniform untuk hari jumaat pakaian sukan

so post kali ni aku nak share pasal yuran sekolah tersebut.
masa aku dok google google cari yuran untuk enroll anak masuk Qdess tuari memang susah nak jumpe pun yurun yang terbaru
so aku post kat sini kot kot ler dapat membantu. heheh

Aku mulakan dengan monthly fee untuk Qdess di area umah aku ni.
monthly kena bayar dalam RM 290 untuk program separuh hari macam anak aku tu.
kalau sampai petang tak silap aku kena tambah around RM 230 lagi kot,
so boleh ler amek sampai pukul 6 ptg
.

Yuran memula nak masuk QDess memang mengalahkan yurun master aku untuk satu sem laa.. HAHAHAH
Total yuran RM2275!
tapi yang ni Full yuran dari bulan January ler.
tapi untuk tahun ni, disebabkan aku enroll zahin masuk ke QDess tu dalam bulan 8 hari tu
so total yuran kena bayar dalam RM 1555 tak termasuk duit concert akhir derang
yang tu kena tambah lain dalam RM 180. tapi kira ok ler.
Fee structure untuk Qdess ada aku letak kat bawah ni.

Fee structure terbaru 2017

zahin masa concert akhir tahun, menang tempat ke-3 kot. 

Positivenya aku tukarkan zahin sekolah, dia lebih excited untuk pegi kesekolah walaupun terpaksa bangun pagi. heheh
dan dah boleh membaca laa.. adalah improvement dari segi bacaan in English.
tapi kalau reading in Malay. zero lah. hahahah
yeler dia masuk pun dah akhir tahun. so teacher dah ajar membaca awal-awal tahun dah
so derang takde ler fokus untuk zahin membaca dah.
sebab derang punya plan untuk next year 2018, zahin kena stay lagi dalam kelas 5 years
kiranya tak leh ke 6 years ler lagi, just for few month katanya
untuk bagi zahin excel dalam membaca katanya.

tapi aku ok je, sebab aku cuti sekolah ni dah siap-siap ajar dia membaca dah.
nanti aku buat post citer pasal zahin boleh membaca dalam masa 2 weeks je. hehe
tu nanti aku citer lain ler.

so far alhamdulillah aku suka sekolah ni, dan anak  aku pun suka sekolah ni.
Teacher zahin pun kata zahin ok je disekolah
then dia rajin kat sekolah.HAHAHA

Album kelas zahin untuk tahun 2017

Cadangan aku kalau korang nak enroll anak masuk ke QDess, bagi masuk dalam umur 5 yrs old
so sempat ler lagi dia nak prepare before masuk ke darjah 1. huhuhu
sebab kat Qdess ni budak budak 6 yrs old dia memang sume dah pandai membaca katanya
so kalau korang enroll masuk anak korang umur 6 yrs then kalau dia still tak boleh membaca
derang anak masukkan ke kelas 5 yrs old. gitewww

ok lahhh.. bye!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...